awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak perluas penggunaan RTK Antigen - Pengarah Kesihatan Negeri

Bernama
Bernama
12/09/2021
20:16 MYT
Sarawak perluas penggunaan RTK Antigen - Pengarah Kesihatan Negeri
Bilangan sampel yang tinggi membebankan kapasiti makmal dan tempoh masa diperlukan untuk memperoleh keputusan ujian juga agak lama. - Gambar hiasan
KUCHING: Sarawak akan meluaskan penggunaan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen di negeri itu bagi mengenal pasti kes positif COVID-19 dengan cepat agar tindakan kawalan dapat dilaksanakan segera.
Pengarah Kesihatan Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata langkah itu dibuat susulan jumlah kes positif baharu harian tertinggi dicatatkan di Sarawak semalam dengan 5,291 kes.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga akan terus menjalankan pemantauan bagi menilai situasi COVID-19 di negeri itu dan melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan dalam usaha menangani pandemik tersebut.
"Perancangan strategi mitigasi sedang dirangka dan strategi terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat setelah dibincangkan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
"Orang ramai diseru untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang betul iaitu pemakaian pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal pada setiap masa," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Dr Mohamed Sapian berkata daripada 5,291 kes baharu yang dikesan pada Ahad, 99.9 peratus kes tidak mempunyai gejala dan hanya mempunyai gejala ringan.
Beliau berkata peningkatan kes harian telah menyebabkan peningkatan aktiviti pengesanan aktif kontak kepada kes di semua bahagian di Sarawak terutamanya di lokaliti yang mempunyai kluster aktif.
Katanya bilangan sampel yang tinggi itu juga telah membebankan kapasiti makmal sedia ada dan tempoh masa diperlukan untuk memperoleh keputusan ujian juga agak lama.
"Ini mengakibatkan banyak sampel yang tertunggak sehingga lima hari. Walaupun terdapat tunggakan dalam memperoleh keputusan, semua kontak berisiko telah diberi Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) bagi mengelakkan penyebaran dalam komuniti," katanya.
Angka kematian akibat COVID-19 di negeri ini juga meningkat kepada 625 orang apabila lapan kematian direkodkan semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RTK Antigen
#kit ujian pantas
#Sarawak
#Mohamed Sapian Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan