awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak peruntuk RM63 bilion bagi strategi pembangunan pasca COVID-19

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
22/07/2021
07:08 MYT
Sarawak peruntuk RM63 bilion bagi strategi pembangunan pasca COVID-19
Sasaran di bawah fasa satu RMK-12 iaitu antara tahun 2021 hingga 2025 adalah untuk mengembangkan ekonomi pada kadar purata enam ke lapan peratus setahun. - Astro AWANI.
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM63 bilion untuk melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, strategi pembangunan itu akan memperkasa ekonomi negeri dua kali ganda dalam merealisasikan aspirasi menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi 2030.
Menurutnya, sasaran di bawah fasa satu RMK-12 iaitu antara tahun 2021 hingga 2025 adalah untuk mengembangkan ekonomi pada kadar purata enam ke lapan peratus setahun.
"Kerajaan Sarawak telah memberikan anggaran RM63 bilion untuk melaksanakan PCDS 2030 di bawah RMK-12 yang mana RM30 bilion akan datang daripada perbelanjaan pembangunan langsung dan RM33 bilion daripada dana alternatif.
"Melalui pemodelan kewangan kreatif dan penjanaan semula pendapatan ini, kita akan terus menikmati kedudukan fiskal yang kukuh,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 di Hotel Pullman di sini pada Khamis.
Abang Johari menambah, Sarawak juga perlu menggandakan saiz ekonomi dari RM136 bilion pada tahun 2019 kepada RM282 bilion pada tahun 2030.
Dalam pada itu beliau menekankan pelan pembangunan Sarawak dan masyarakat maju berlandaskan data serta inovasi.
Katanya, hal ini membolehkan mereka menikmati kemakmuran ekonomi, sosial secara inklusif serta melestarikan alam sekitar.
"Kelestarian alam sekitar merupakan bahagian yang tidak terpisah daripada inisiatif pembangunan Sarawak. Ini untuk memastikan persekitaran sihat untuk generasi semasa dan akan datang.
“Melangkah ke hadapan, Sarawak akan menggunakan data untuk meningkatkan produktiviti, mengembangkan produk bernilai tinggi, meningkatkan keselamatan pekerja dan aset serta meningkatkan usaha pemuliharaan alam sekitar,” katanya lagi.
Pelan itu terdiri daripada tujuh teras strategik untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi.
Antaranya transformasi struktur ekonomi agar lebih kompetitif, memudahkan urusan perniagaan, membelanjakan untuk kawasan yang beri kesan paling banyak terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Selain itu, mengoptimumkan penggunaan aset dan pembiayaan kerajaan serta membangunkan modal insan bagi menyokong pembangunan sosio-ekonomi; serta mempercepatkan penggunaan digital dan data untuk menjana hasil serta memacu faedah ekonomi dan sosial semua rakyat Sarawak dengan memberi tumpuan kepada kelompok penduduk miskin.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#negeri maju
#startegi pembangunan Pasca COVID-19
#RMK-12
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan