KUCHING: Sarawak akan meminda definisi ‘tanah’ agar istilah berkanun untuk terma ‘tanah’ di dalam Rang Undang-Undnag (RUU) Kanun Tanah selari dengan definisi di dalam perundangan Malaysia yang lain terutama Kanun Tanah Negara (KTN).
Menteri Muda Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menjelaskan, RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 itu akan memberi kuasa kepada Sarawak untuk mengawal ruang udara di atas tanah berkenaan.
Pindaan RUU itu turut memberi kebenaran kepada Sarawak untuk mengawal sebarang harta benda termasuk di ruang udara berkenaan, segala bentuk spektrum, mengawal selia, penyelenggaraan, dan pendudukan mana-mana struktur dalam ruang udara itu.
“Pindaan ini juga akan memberi kuasa kepada penggunaan tanah di darat dan di luar pesisir, di dasar laut, yang membentuk pelantar benua Sarawak, untuk penyimpanan, pengekalan, penangkapan dan penyerapan karbon dioksida atau gas rumah hijau dalam sebarang bentuk atau perihalan yang lain,” katanya.
Perkara itu dijelaskan Hasidah semasa bacaan kali kedua RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.
Hasidah turut menekankan definisi ‘tanah’ di dalam RUU Kanun Tanah yang digubal pada tahun 1958 itu perlu dikemas kini dan selari dengan definisi Seksyen 44 KTN.
“KTN itu termasuk ruangan udara di atasnya (tanah) di bawah Seksyen 75A KTN, pihak berkuasa negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai kuasa untuk membenarkan penggunaan ruangan udara di atas tanah sesebuah negeri termasuk spektrum.
“Apabila RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 ini diluluskan, Sarawak akan menjadi negeri pertama di Malaysia untuk mempunyai perundangan khusus membolehkan industri termasuk minyak dan gas yang beroperasi di dalam negeri.
“Untuk memastikan industri berkenaan mematuhi piawaian antarabangsa dalam mengurangkan pelepasan karbon, di bawah Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC),” katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed May 18 2022

Perkara itu dijelaskan Hasidah semasa bacaan kali kedua RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.

Kapal karam: 27 kru hilang, kapal terputus dua dibadai ribut
Peluang untuk menemui 27 kru kapal itu dalam keadaan selamat adalah sangat tipis namun operasi pencarian mangsa masih diteruskan.

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Ekonomi Sarawak dijangka berkembang 6.0 peratus tahun 2022 - Uggah
Ekonomi Sarawak dijangka berkembang antara 5.0 ke 6.0 peratus pada tahun 2022 susulan peningkatan 26.6 peratus atau RM100.26 bilion jumlah perdagangan negeri pada tahun 2021.

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

DUN Sarawak: 455 sekolah daif kategori kritikal dikenal pasti sehingga April 2022
455 buah sekolah menengah dan rendah di Sarawak dikenal pasti sebagai sekolah daif dan berada dalam kategori kritikal sehingga April 2022.

DUN Sarawak: RUU Perbekalan Tambahan 2022 diluluskan tanpa dibahas
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2022) tanpa dibahaskan selepas bacaan kali ketiga

DUN Sarawak: Lima tuntutan MA63 Sarawak masih dalam perbincangan
Sarawak akan terus menuntut lima baki perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada Kerajaan Persekutuan.

DUN Sarawak: Pengeluaran stok karbon dijangka jana pendapatan negeri RM315 juta setahun
Sarawak dijangka memperoleh sumber pendapatan baharu dianggarkan RM315 juta setahun, melalui pengeluaran stok karbon.

DUN Sarawak: RUU Hutan (Pindaan) 2022 perkasa ekonomi karbon di peringkat domestik dan global
Jumlah stok karbon sedia ada yang telah dikenalpasti, diukur dan diiktiraf meletakkan Sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

DUN Sarawak: Kapit bakal ada terminal bas dilengkapi pusat komersial baharu
Kementerian Pengangkutan Sarawak sudah mengenal pasti satu tapak untuk membangunkan sebuah pusat komersial baharu di bandar Kapit dilengkapi Terminal Bas Ekspres yang lebih kondusif.

DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah dilulus
Pindaan ini dapat menambah sumber pendapatan negeri sekali gus memberi manfaat di dalam pendekatan dasar mesra alam sekitar.

DUN Sarawak: Pindaan RUU Kanun Tanah tidak menguntungkan rakyat Sarawak - Chong
Usaha Kerajaan Sarawak untuk meminda definisi tanah di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah tidak akan memberi keuntungan kepada rakyat negeri itu.