awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan

Bernama
Bernama
22/04/2025
20:00 MYT
Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Abang Johari berucap pada perasmian Mesyuarat Ahli Parlimen Wanita ASEAN di bawah WAIPA sempena Perhimpunan Agung ke-45 AIPA pada Selasa. - Foto BERNAMA
KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata peruntukan sedia ada di bawah Ordinan Biodiversiti Sarawak tidak membenarkan SBC mengkomersialkan penyelidikannya sekali gus menyekat peluang bagi menjana pendapatan untuk negeri itu.
Bercakap pada majlis pelancaran Dasar dan Pelan Biodiversiti Sarawak di sini pada malam Selasa, beliau merujuk inisiatif semasa negeri itu bagi menghasilkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) menggunakan mikroalga yang turut membabitkan SBC dalam penyelidikan tersebut.
"SBC tidak boleh menjalin sebarang kerjasama komersial dengan pihak berkuasa yang mengetahuinya (potensi mikroalga), SBC rugilah... dan itulah sebabnya kami meminda Ordinan Biodiversiti Sarawak bagi membolehkan penyelidikan serta pengkomersialan untuk manfaat manusia," katanya.
Abang Johari berkata pengeluaran komersial SAF akan menjadi satu lagi langkah yang diambil oleh Sarawak ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) berkaitan pengeluaran dan penggunaan yang bertanggungjawab.
Abang Johari berkata Kerajaan Negeri Sarawak juga sedang mempromosikan penanaman spesies pokok asli yang cepat tumbuh dikenali sebagai Kalapayang, yang dikatakan mempunyai tekstur lebih berkualiti berbanding Akasia, satu lagi spesies yang cepat tumbuh, bagi pengeluaran kayu.
"Kita ada tanah, jadi kita tambah bilangan (spesies) pokok. Ia adalah kitaran semula jadi dan akan menghasilkan biojisim (sebagai satu lagi sumber tenaga hijau)," katanya.
Menyentuh mengenai dasar dan pelan biodiversiti Sarawak, beliau berkata ia harus memenuhi keperluan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) berdasarkan tiga tonggak yang ditetapkan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 negeri.
"Dasar ekonomi kita ke arah 2030 adalah dasar yang mengimbangi keperluan negara untuk berkembang dan keperluan bagi memelihara alam sekitar yang kita ada," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#alam sekitar
#pokok asli
#biodiversiti negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan