awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak rancang miliki rangkaian telekomunikasi sendiri

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
20/11/2020
12:47 MYT
Sarawak rancang miliki rangkaian telekomunikasi sendiri
Ujar Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pertumbuhan ekonomi yang memberansangkan bermula di peringkat dasar. Justeru pembangunan di luar bandar diberi tumpuan ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Sarawak merancang untuk memiliki rangkaian telekomunikasinya sendiri dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurut Ketua Menteri Sarawak itu, keputusan untuk memiliki rangkaian telekomunikasi ini adalah bertujuan untuk memperluaskan khidmat jaringan jalur lebar khasnya di luar bandar.
Ujarnya, penduduk di luar bandar menghadapi cabaran untuk menerima akses internet disebabkan keengganan syarikat telekomunikasi sedia ada memperluaskan khidmat mereka ke kawasan tersebut atas permintaan yang kurang memberangsangkan.
“Jadi, jalan keluar adalah kerajaan (Sarawak) perlu ada telco (syarikat telekomunikasi) sendiri dan kita akan memberi subsidi kepada telco kita supaya tarif penggunaannya (perkhidmatan) rendah.
Bila? Dalam masa dua tahun lagi,” katanya ketika ditemu bual dalam sebuah rancangan di stesen penyiaran tempatan di Kuching pada Khamis.
Beliau berkata menerusi usaha sama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), sejumlah 1,246 menara komunikasi telah dirancang untuk dibangunkan di seluruh negeri menjelang 2023.
“Kita sedar bahawa banyak tempat belum ada akses internet.
“Baru semalam (Rabu) saya meluluskan RM150 juta untuk kita melebarkan wifi ke seluruh peringkat menggunakan sistem zon,” ujarnya.
Jelas beliau, penekanan kepada perluasan jalur lebar di negeri berkenaan penting kerana ia amat relevan seiring dengan perkembangan digital ketika ini.
Langkah sekali gus memacu perkembangan ekonomi serta menjamin pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih memberangsangkan.
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri Sarawak
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Rangkaian Telekomunikasi
#Jalur lebar di luar bandar
#Multimedia Malaysia MCMC
#Lembaga Multimedia Sarawak SMA
#telco
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan