awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sasar sifar setinggan menjelang 2025

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2020
08:15 MYT
Sarawak sasar sifar setinggan menjelang 2025
Kata Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, sasaran sifar setinggan ini adalah untuk membasmi kemiskinan termasuk di kawasan bandar. - Gambar Astro AWANI
KUCHING :Sarawak menyasarkan sifar setinggan menjelang 2025 dengan mengambil beberapa pendekatan secara holistik.
Menurut Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, usaha itu tidak dilakukan bersendirian sebaliknya mendapat kerjasama dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Jelasnya, antara program yang dilakukan ialah program Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) serta peruntukan kuota Rumah Spektra Permata (RSP).
“Jadi dengan sasaran tersebut, kita mempunyai beberapa program. Kita ambil pendekatan dengan memperuntukkan unit-unit rumah kosong.
“Seperti stok rumah sedia ada di bawah program perumahan rakyat (PPR), sewa dan Rancangan Rumah Rakyat (RPR) kepada penduduk setinggan yang memohon,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar On Engineered Timber Products 2020 di Kuching pada Isnin.
Dalam masa sama, tambah beliau, permohonan bagi setiap program perlu menepati kriteria yang telah ditetapkan.
Bagi menyelia perkara berkenaan ujar beliau, sebuah jawatankuasa telah dibentuk bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Penubuhan jawatankuasa itu sekali gus dapat memperluaskan program itu ke bandar-bandar kecil di seluruh Sarawak.
Topic Berkaitan
#Sifar setinggan 2025
#Datu Len Talif Salleh
#Sarawak
#Perbadanan Pembangunan Perumahan HDC
#Pandemik COVID-19
#setinggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan