MALAYSIA
Sarawak terus dipacu ke arah wilayah maju 2030 - Premier
Menurut Abang Johari, Sarawak komited meneruskan agenda pembangunan holistik bagi mencapai status wilayah maju menjelang 2030. - Gambar fail/Bernama
SARIKEI: Sarawak komited meneruskan agenda pembangunan holistik merangkumi ekonomi hijau, digital, tenaga boleh baharu dan pendidikan bagi mencapai status wilayah maju menjelang 2030, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ringkasan AI
Beliau berkata di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), negeri itu memberikan penekanan kepada tiga teras utama, iaitu kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar, dengan kejayaan ketara sudah dicapai dalam fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-12.
"Kita telah berjaya melaksanakan pembangunan asas seperti jambatan dan jalan pesisir, termasuk Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang yang dilancarkan di Sarikei pada Mei lepas. Sarawak juga menubuhkan Sarawak Water Sdn. Bhd., mengambil alih Lembaga Pelabuhan Bintulu, menubuhkan syarikat penerbangan AirBorneo serta memperoleh pegangan majoriti dalam Affin Bank," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Sarawak di Dewan Suarah Sarikei, di sini hari ini, yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Abang Johari berkata Sarawak menyasarkan penjanaan 15 gigawatt tenaga hijau menjelang 2035 sebagai sebahagian daripada usaha menjadi "bateri ASEAN", selain memacu ekonomi hidrogen dan tenaga boleh baharu melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen Sarawak, Pelan Induk Kelestarian Sarawak
"Peranan Sarawak dalam pembangunan tenaga sudah diiktiraf pada peringkat serantau, termasuk dalam rundingan tahunan Malaysia-Brunei baru-baru ini. Usaha ini juga selari dengan aspirasi mencapai sifar bersih menjelang 2050," katanya.
Dalam bidang digital, Sarawak melakar sejarah apabila anak tempatan berjaya mencipta KETEQ AI, peranti kuasa bertenaga kecerdasan buatan pertama di dunia.
Kerajaan negeri turut menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak (SAIC) bagi melahirkan bakat berkemahiran tinggi dan menggalakkan syarikat pemula tempatan menembusi pasaran global.
Abang Johari menegaskan pendidikan menjadi tunjang transformasi ekonomi, justeru Sarawak akan menjadi wilayah pertama di Malaysia melaksanakan pendidikan tinggi percuma bermula pada tahun depan.
"Inisiatif ini akan memastikan lebih ramai anak Sarawak mendapat peluang melanjutkan pelajaran tanpa dibebani masalah kewangan, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dapat memenuhi keperluan industri baharu," katanya.
Selain itu, biasiswa, pinjaman Yayasan Sarawak dan Dana Pendidikan turut disediakan kepada semua anak Sarawak tanpa mengira latar belakang.
Abang Johari turut menekankan potensi Sarikei, Bintangor dan Tanjung Manis melalui penubuhan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) serta projek perintis tanaman padi di Tanjung Manis yang menyokong visi Sarawak sebagai pengeluar beras utama menjelang 2030.
"Tanjung Manis akan dibangunkan sebagai Hab Halal dan pusat pertumbuhan baharu melalui Kawasan Pertumbuhan Ekonomi Tanjung Manis (T-MEGA), yang menggabungkan industri agro, logistik, pelancongan dan teknologi hijau," katanya.
Menurut beliau, Sarikei juga berpotensi besar dalam sektor pertanian dan makanan dengan produk utama seperti nanas, lada hitam dan limau yang berdaya saing untuk pasaran eksport.
Dalam pada itu, Abang Johari menyeru rakyat Sarawak supaya terus bersatu padu dan mengekalkan perpaduan sebagai asas kekuatan negara.
"Inilah terjemahan sebenar erti kemerdekaan yang bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi kebebasan menentukan masa depan sendiri dengan penuh keyakinan dan jati diri," katanya.
Majlis berkenaan kemudiannya dirasmikan oleh Wan Junaidi dengan diikuti lafaz ikrar Rukun Negara oleh semua hadirin.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Ringkasan AI
- Sarawak komited capai status wilayah maju menjelang 2030 melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) berasaskan tiga teras: kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.
- Antara inisiatif utama termasuk penjanaan 15GW tenaga hijau menjelang 2035, pembangunan ekonomi hidrogen, transformasi digital melalui KETEQ AI dan SAIC, serta pelaksanaan pendidikan tinggi percuma bermula tahun depan.
- Sarawak turut memacu pertumbuhan wilayah melalui projek RADDA, T-MEGA dan hab halal Tanjung Manis, selain mengukuhkan sektor pertanian dan makanan untuk pasaran eksport.