KUALA LUMPUR: Sarawak terus memberi komitmen penuh terhadap inisiatif kelestarian yang selaras dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi strategi Pelan Induk Pelancongan Sarawak 2035.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board (STB), Sharzede Salleh Askor berkata, dengan menggabungkan matlamat SDG dan strategi pelancongan negeri, Sarawak menyasarkan untuk mencipta industri pelancongan mampan yang memberi manfaat kepada komuniti, memelihara alam sekitar dan menyumbang terhadap misi pembangunan global yang lebih luas.
Tiga matlamat SDG yang diberi tumpuan termasuk SDG 4 iaitu Kualiti Pendidikan, SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab) serta SDG 17 (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat) melalui pelaksanaan inisiatif ecoGreenPlanet.
“Hala tuju tersebut adalah selari dengan aspirasi kami dalam meletakkan rantau ini sebagai pemain utama bagi pelancongan bertanggungjawab dan sebagai peneraju kepada destinasi eko pelancongan rantau Asia Tenggara.
“Dalam memastikan kelestarian elemen warisan semulajadi terus menjadi fokus, Sarawak secara aktif menjuarai tanggungjawab inisiatif pelancongan yang selari dengan gerakan SDG oleh PBB,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada acara Travel Meet Asia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Khamis.
Menurut Sharzede, amalan pelancongan bertanggungjawab dilaksanakan termasuk usaha meminimumkan sisa, khususnya bagi acara-acara ikonik berskala besar termasuk Rainforest World Music Festival serta Borneo Jazz Festival.
“Bagi menggalakkan corak penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab, Sarawak menyasarkan untuk mengurangkan impak negatif alam sekitar berkaitan pelancongan ke atas dua acara mega ini seperti menggunakan produk-produk mesra alam dan boleh dikitar semula.
“Agenda hijau dengan kerjasama Perbadanan Perhutanan Sarawak turut dijalankan menerusi inisiatif ecoGreenPlanet yang menjalankan aktiviti penanaman pokok di ekologi Taman Negara Kuching Wetland, tapak Ramsar. Pelaksanaan ini turut menyumbang kepada aspirasi hijau negeri untuk menanam sebanyak 35 juta batang pokok,” ujarnya.
STB terus meneraju aktiviti yang memperjuangkan inisiatif kemampanan termasuk mengharamkan penggunaan plastik sekali guna, menggalakkan kitar semula bahan terpakai dan meneroka penyelesaian inovasi terhadap pengurusan sisa dan budaya sifar sisa festival.
Ditanya berhubung perancangan pertumbuhan berpotensi pelancongan Sarawak dengan keperluan memelihara dan meminimumkan jejak ekologi, beliau berkata, terdapat beberapa strategi diambil termasuk penglibatan komuniti, operasi lawatan yang bertanggungjawab serta inisiatif pemuliharaan dan pemulihan.
“STB bergerak aktif dengan komuniti setempat bagi mendapatkan informasi dan penglibatan dalam pembangunan pelancongan. Ia termasuk melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan serta mengambilkira pengetahuan tradisional dan amalan kemampanan yang boleh diintegrasikan terhadap aktiviti pelancongan.
“Kita juga menggalakkan pihak pengendali pelancong untuk mengadaptasi amalan bertanggungjawab seperti mempromosikan aktiviti berimpak rendah, pengurangan penghasilan sisa serta menyokong perniagaan penduduk tempatan,” jelasnya.
Syarikat pengendali pelancongan tempatan turut menawarkan lawatan dibimbing (guided tour) yang memberi fokus kepada amalan pelancongan bertanggungjawab termasuk pengetahuan terhadap ekosistem unik Sarawak, warisan budaya dan pelaksanaan usaha-usaha pemuliharaan.
Haikal Raman
Fri Jun 09 2023
Menurut Sharzede, amalan pelancongan bertanggungjawab dilaksanakan termasuk usaha meminimumkan sisa, khususnya bagi acara-acara ikonik berskala besar termasuk Rainforest World Music Festival serta Borneo Jazz Festival.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Sarawak terus komited terhadap hala tuju pelan induk pelancongan yang mampan
Tiga matlamat SDG yang diberi tumpuan termasuk SDG 4 iaitu Kualiti Pendidikan, SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab) serta SDG 17 (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat).