KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan satu hari cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata cuti tambahan itu bergantung kepada tarikh 1 Syawal.
Advertisement
“Sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat (20 Mac), maka Isnin (23 Mac) akan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh Sarawak.
“Sebaliknya, sekiranya 1 Syawal jatuh pada Sabtu (21 Mac), maka Jumaat, (20 Mac) merupakan hari kelepasan am tambahan di seluruh Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pengisytiharan itu adalah sebagai tambahan kepada hari-hari kelepasan am yang telah diperuntukkan dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan Am.
-- BERNAMA