KUCHING: Sarawak mengutamakan pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin dan hidroelektrik dalam usaha merealisasikan masa depan sifar bersih di negeri itu.
Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini berikutan Sarawak kaya dengan sumber asli yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan penyediaan tenaga bersih dan mampan untuk rakyat manakala aspek inovasi pula dilihat penting dalam usaha pembangunan tenaga berkenaan.
"Sehubungan itu, kerajaan negeri akan menggalakkan pembangunan teknologi baharu serta penyelesaian yang boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta mempromosi amalan lestari.
"Ini termasuk penggunaan teknologi Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) yang boleh membantu mengurangkan pelepasan industri utama seperti minyak dan gas," katanya pada majlis makan malam bagi meraikan perwakilan Persidangan Karbon Asia 2023 di sini, Rabu malam.
Awang Tengah yang juga Menteri Kedua Sumber Asli dan Pembangunan Bandar berkata Sarawak akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan, termasuk sektor swasta, masyarakat awam dan rakan niaga antarabangsa bagi mencapai sasaran lestarinya.
"Menerusi usaha memanfaatkan kepakaran dan sumber yang boleh memacu peralihan kepada masa depan rendah karbon, Sarawak akan mewujudkan peluang ekonomi baharu dan menggalakkan lagi pembangunan sosial yang dapat melindungi alam sekitar.
"Pembangunan industri hijau seperti pertanian lestari, eko-pelancongan dan pembuatan hijau juga berupaya mewujudkan pekerjaan baharu serta merancakkan ekonomi selain menggalakkan amalan lestari. Malah, inilah yang sedang disediakan dan dimuktamadkan dalam Dasar Ekonomi Hijau Sarawak," katanya.
Acara persidangan dua hari itu disertai oleh penceramah dari lebih sembilan negara yang bertujuan menyelami penyelesaian inovatif dan berkesan dalam menangani cabaran perubahan iklim.
Pada masa sama, ia juga bagi menetapkan pendirian dari segi pembuatan dasar, peluang pelaburan dan teknologi baharu dalam pasaran karbon.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (empat, kiri) bergambar ketika hadir pada Majlis Makan Malam Negeri sempena Asia Carbon Conference 2023. - Foto BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).