MALAYSIA
SAREF 4.0: Sarawak terajui peralihan tenaga ASEAN
Persidangan SAREF 4.0 diadakan pada 3 dan 4 Sept lalu di BCCK menghimpunkan pemimpin global dan serantau bagi membincangkan idea baharu sekaligus mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang. - Foto Sarawak Energy
KUCHING: Sustainability and Renewable Energy Forum Edisi ke-4 (SAREF 4.0) iaitu forum kelestarian dan tenaga boleh diperbaharui, menjadi pentas penting serantau dalam membincangkan masa depan tenaga bersih dan kerjasama rentas sempadan.
Ringkasan AI
Edisi kali ini membawa tema “Perkongsian Untuk Matlamat Bersama, Pertumbuhan Lestari dan Kemakmuran Untuk Wilayah”, bertujuan menekankan kepercayaan serta tindakan nyata bagi memastikan peralihan tenaga yang seimbang dan inklusif.
Pengerusi Sarawak Energy, Datuk Ibrahim Baki berkata, Sarawak kini memainkan peranan utama dalam menghubungkan tenaga boleh diperbaharui ke seluruh Kepulauan Borneo dan serantau Asia Tenggara.
“Sarawak memacu kerjasama serantau…
“Melalui grid Borneo, kuasa hidro kami berada di landasan yang betul untuk melangkaui sempadan kami, menghubungkan Sabah, Kalimantan dan Brunei.
“Kami juga sedang menyediakan pentas untuk merealisasikan grid kuasa ASEAN yang benar-benar berkait, dijana oleh tenaga boleh diperbaharui.
“Dengan berkongsi tenaga boleh diperbaharui, kita boleh mengembangkan ekonomi kita sambil bersama-sama mengurangkan pelepasan karbon,” katanya ketika berucap di SAREF 4.0 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, di sini.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili menegaskan kedudukan strategik Sarawak dengan sumber hidro yang banyak, sekaligus menarik kerjasama antarabangsa.
“Sepanjang dua hari, kami berbesar hati menjadi tuan rumah kepada 90 penceramah, yang mewakili kepakaran dalam pelbagai perspektif dari seluruh dunia, sekaligus mengalu-alukan lebih 1,000 peserta terkemuka dari industri, kerajaan, masyarakat sivil dan dunia akademik.
“Ini sekali lagi menekankan semangat antarabangsa dan kolaboratif SAREF, sebuah platform di mana pemimpin global dan serantau serta pakar industri boleh bertukar idea, mencetuskan inovasi dan mengukuhkan perkongsian untuk masa depan yang mampan.
“Di SAREF tahun ini, kita juga menyaksikan kerjasama signifikan melalui pertukaran memorandum persefahaman atau MOU dengan Brunei dan Bank Pembangunan Asia atau ADB, serta perjanjian selari dengan IUCN dan Pusat AI Sarawak.
“Selain itu, penyerahan permit kajian karbon ini seterusnya akan menekankan komitmen kami terhadap langkah pelaksanaan, dan bukan hanya sekadar dialog,” jelasnya.
SAREF 4.0 turut menyaksikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengupas peranan Sarawak dalam memacu kemakmuran bersama melalui grid Borneo.
Acara yang berlangsung selama dua hari itu menutup tirai dengan sesi plenari bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ringkasan AI
- SAREF 4.0 menjadi pentas penting membincangkan masa depan tenaga boleh diperbaharui dan kerjasama rentas sempadan di Asia Tenggara.
- Sarawak memainkan peranan utama dalam menghubungkan tenaga hidro ke Sabah, Kalimantan dan Brunei, serta menyokong pembentukan grid kuasa ASEAN.
- Forum menyaksikan pertukaran MoU dengan Brunei, ADB dan IUCN, serta penyerahan permit kajian karbon sebagai bukti komitmen terhadap tindakan mampan.
Edisi kali ini membawa tema “Perkongsian Untuk Matlamat Bersama, Pertumbuhan Lestari dan Kemakmuran Untuk Wilayah”, bertujuan menekankan kepercayaan serta tindakan nyata bagi memastikan peralihan tenaga yang seimbang dan inklusif.
Pengerusi Sarawak Energy, Datuk Ibrahim Baki berkata, Sarawak kini memainkan peranan utama dalam menghubungkan tenaga boleh diperbaharui ke seluruh Kepulauan Borneo dan serantau Asia Tenggara.
“Sarawak memacu kerjasama serantau…
“Melalui grid Borneo, kuasa hidro kami berada di landasan yang betul untuk melangkaui sempadan kami, menghubungkan Sabah, Kalimantan dan Brunei.
“Kami juga sedang menyediakan pentas untuk merealisasikan grid kuasa ASEAN yang benar-benar berkait, dijana oleh tenaga boleh diperbaharui.
“Dengan berkongsi tenaga boleh diperbaharui, kita boleh mengembangkan ekonomi kita sambil bersama-sama mengurangkan pelepasan karbon,” katanya ketika berucap di SAREF 4.0 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, di sini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili menegaskan kedudukan strategik Sarawak dengan sumber hidro yang banyak, sekaligus menarik kerjasama antarabangsa.
“Sepanjang dua hari, kami berbesar hati menjadi tuan rumah kepada 90 penceramah, yang mewakili kepakaran dalam pelbagai perspektif dari seluruh dunia, sekaligus mengalu-alukan lebih 1,000 peserta terkemuka dari industri, kerajaan, masyarakat sivil dan dunia akademik.
“Ini sekali lagi menekankan semangat antarabangsa dan kolaboratif SAREF, sebuah platform di mana pemimpin global dan serantau serta pakar industri boleh bertukar idea, mencetuskan inovasi dan mengukuhkan perkongsian untuk masa depan yang mampan.
“Di SAREF tahun ini, kita juga menyaksikan kerjasama signifikan melalui pertukaran memorandum persefahaman atau MOU dengan Brunei dan Bank Pembangunan Asia atau ADB, serta perjanjian selari dengan IUCN dan Pusat AI Sarawak.

“Selain itu, penyerahan permit kajian karbon ini seterusnya akan menekankan komitmen kami terhadap langkah pelaksanaan, dan bukan hanya sekadar dialog,” jelasnya.
SAREF 4.0 turut menyaksikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengupas peranan Sarawak dalam memacu kemakmuran bersama melalui grid Borneo.
Acara yang berlangsung selama dua hari itu menutup tirai dengan sesi plenari bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof.


#SAREF 4 0
#Sustainability and Renewable Energy Forum 2025
#Sarawak Energy
#kuasa hidro
#tenaga bersih
#ASEAN