MALAYSIA
SAREF 4.0 tampilkan penceramah terkemuka termasuk Justin Trudeau
Dianjurkan oleh Sarawak Energy dengan kerjasama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta MEESty, SAREF 4.0 akan dirasmikan oleh Abang Johari, manakala majlis penutupan disempurnakan Fadillah. - Foto Sarawak Energy Berhad
KUCHING: Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF 4.0) yang berlangsung pada 3 dan 4 Sept di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini bakal menampilkan barisan penceramah antarabangsa terkemuka bagi membincangkan hala tuju ke arah masa depan rendah karbon.
Sarawak Energy Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara penceramah yang akan tampil ialah Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan bekas Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, selain tokoh terkemuka dari sektor utiliti, tenaga dan kelestarian global.
"Pakar-pakar ini akan berkongsi pandangan mengenai tindakan terhadap perubahan iklim, pertumbuhan inklusif, peralihan kepada tenaga bersih serta kerjasama global bagi menangani cabaran alam sekitar dan sosioekonomi," menurut kenyataan itu.
Dianjurkan oleh Sarawak Energy dengan kerjasama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) serta Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), SAREF 4.0 akan dirasmikan oleh Abang Johari, manakala majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Penganjuran SAREF 4.0 adalah selaras dengan matlamat kelestarian dan keutamaan peralihan tenaga Sarawak.
Forum itu menghimpunkan pakar industri serantau dan antarabangsa serta pemikir terkemuka untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik dan meneroka peluang kerjasama ke arah masa depan rendah karbon.
Maklumat lengkap mengenai program, senarai pembicara dan pendaftaran boleh diperoleh di www.saref.com.my.
-- BERNAMA