Seorang anggota polis berpangkat Sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM100 melibatkan penyerahan alat komponen motosikal yang dirampas kerana disyaki dicuri.
Norul Ezwan Nasir, 34 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, hari ini.
Kesalahan didakwa dilakukan pada 5 Oktober 2017 antara jam 4.35 petang dan 8.17 malam di Bahagian Siasatan Jenayah Balai Polis, Kuala Lumpur.
Bagi pertuduhan pertama, bapa kepada tiga anak itu didakwa atas kapasitinya sebagai seorang ejen kerajaan, telah secara rasuah meminta wang suapan berjumlah RM100 daripada Mohammad Syafiq Ahmad Sahrul.
Wang itu didakwa sebagai dorongan untuk menyerahkan semula Sportrim Yamaha LC 136 dan Inner Coverset LC 135 yang dirampas kerana disyaki merupakan barang curi.
Dia juga dituduh atas jawatan sama telah secara rasuah menerima wang suapan berjumlah RM100 dari Mohammad Syafiq sebagai dorongan menyerahkan komponen motosikal tersebut.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Namun, peguam Muhammad Razman Sahat yang mewakili Norul Ezwan memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah iaitu RM5,000, memandangkan isteri tertuduh sedang mengandung dan ketiga-tiga anaknya masih bersekolah.
Kes disebut semula 27 Februari depan.
Dania Zainuddin
Wed Jan 09 2019
Tertuduh didakwa atas jawatan sama telah secara rasuah menerima suapan wang berjumlah RM100 sebagai dorongan menyerahkan komponen motosikal yang dirampas. - Gambar hiasan
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bilik pentadbiran IPD Sepang terbakar
Tingkat satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini yang menempatkan bilik pentadbiran, dilaporkan terbakar hari ini.
Polis lupus barang kes bernilai RM604,026
Pelupusan berkenaan melibatkan 107 kes perjudian, 10 pelacuran, dan 20 kes penjualan cakera video digital (DVD).
Lelaki disyaki cederakan isteri sehingga parah direman enam hari
Individu yang berumur 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu, direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Anggota polis kehilangan ibu bapa, adik akibat COVID-19
Ibu Siti Nurul Hawana meninggal dunia pada 4 pagi Jumaat lalu, diikuti bapanya enam jam kemudian sebelum adiknya pula dijemput Ilahi pada hari Ahad.
Sarjan didakwa terima suapan RM100
Norul Ezwan Nasir, 34 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, hari ini.
Lelaki amuk, ugut isteri guna parang dan bom di Kluang
Usaha untuk memujuk suspek berlanjutan sehingga tiga jam tetapi lelaki itu masih berdegil dan enggan menyerah diri.