MALAYSIA
Sarjana Malaysia–Indonesia sepakat manfaat AI demi kelestarian warisan bahasa, sastera dan budaya
Rektor UNINDRA Indonesia, Prof. Dr. H.Sumaryoto memalu gong perasmian sempena Seminar Antarabangsa Siswazah Siri 3 yang berlangsung serentak secara hibrid di Kuala Lumpur-Jakarta.
KUALA LUMPUR: KATA sepakat untuk terus melestarikan warisan bahasa, sastera, dan budaya melalui teknologi kecerdasan buatan (artifical intelligence – AI) pada alaf ke-21 termeterai dalam kalangan sarjana serumpun Malaysia–Indonesia baru-baru ini.
Resolusi yang melibatkan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Universitas Indraprastra PGRI (UNINDRA) Indonesia itu tercapai menerusi Seminar Antarabangsa Siswazah Siri 3, yang berlangsung serentak secara hibrid di Kuala Lumpur dan Jakarta.
Menurut Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, Profesor Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, teknologi AI kian diyakini berupaya memberi impak positif kepada masyarakat dalam usaha pemeliharaan warisan bahasa, sastera, dan budaya.
“Kecenderungan generasi muda terhadap pertumbuhan teknologi AI ini sekaligus mendesak para sarjana dalam bidang berkaitan untuk mempertingkatkan kepakaran dalam menggembleng teknologi ini.
“Dalam senario semasa dunia yang semakin dipacu teknologi tersebut, kita tidak harus lupa bahawa akar peradaban terletak pada warisan bahasa, sastera dan budaya. Tanpa pemeliharaan berterusan, pewarisan ini akan terhakis dan dilupakan”, katanya.
Tanpa ragu, penegasan Hazlina itu wajar dimanfaatkan oleh segenap sarjana dalam mengupayakan platfom AI sebagai medan perkongsian ilmu dan perundingan penyelidikan, yang menjurus kepada kolaborasi pelestarian warisan bahasa, sastera, dan budaya secara berterusan.
Persefahaman ini turut disepakati Rektor UNINDRA Indonesia, Profesor Dr. H.Sumaryoto melalui ucaptamanya, “Wayang Sebagai Warisan Budaya UNESCO Ditinjau dari Aspek Sastra dan Media Komunikasi” dalam sesi seminar yang sama.
Menurut Sumaryoto, para sarjana Indonesia khususnya warga UNINDRA kini semakin komited memanfaatkan teknologi AI untuk memelihara kesenian wayang kulit sebagai salah satu program pelestarian budaya dalam kalangan generasi milenial.
Sementara itu, Profesor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Asmiaty Amat melalui ucaptama “Pemerkasaan Bahasa dan Sastera di Malaysia” dalam sesi serupa, tidak ketinggalan menegaskan peri pentingnya memanfaatkan platfom teknologi terkini tersebut.
“Pengukuhan bahasa dan sastera yang melibatkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dokumentasi warisan, pendigitalan manuskrip sastera, dan peregulasian dasar bahasa dapat dicapai menerusi teknologi AI yang tersedia kini.
Justeru, tegas beliau, kolaborasi aktif sektor awam dan swasta dari kedua-dua negara wajar dipertingkatkan dalam usaha mengukuh dan melestarikan warisan bahasa, sastera, dan budaya secara berganda.
Seminar yang berlangsung pada 22 September 2025 ini dianjurkan oleh FBMK, UPM dengan kerjasama UNINDRA Indonesia, Jaringan Komuniti Sastera Kanak-Kanak dan Remaja, Pertubuhan Penulis Kuala Lumpur, dan Komunitas NuuN Indonesia.
Bertemakan “Kelestarian Bahasa, Sastera dan Budaya Nusantara untuk Alaf 21”, seramai 128 peserta dari kedua-dua negara telah menyertai seminar tersebut, dengan 20 pembentang kertas kerja mendapat tajaan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat, dan Infak (WAZAN), UPM.
* Artikel ini ditulis oleh Saiful Nujaimi Abdul Rahman dan Nur Fatiha Fadila Abu Bakar dari Universiti Putra Malaysia.