awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasaran sifar insiden dalam penganjuran program antarabangsa - TPM Ahmad Zahid

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
02/02/2018
03:47 MYT
Sasaran sifar insiden dalam penganjuran program antarabangsa - TPM Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Kerajaan sentiasa meletakkan sasaran sifar insiden dalam mana-mana penganjuran program yang melibatkan peserta antarabangsa. - Gambar fail
Kerajaan sentiasa meletakkan sasaran sifar insiden dalam mana-mana penganjuran program yang melibatkan peserta antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan juga menggunakan semua prosedur operasi standard (SOP) dalam program antarabangsa dari ketibaan, di destinasi dan tempat penginapan.
"Sebarang risiko mesti disifarkan. Oleh yang demikian kita melaksanakan beberapa latihan amali seperti ini, yang terakhir adalah pada Kejohanan Sukan Sea.
"Ketika itu kita adakan latihan sebenar dan amali kerana pada program ini seramai 25,000 peserta akan berada di KLCC.
"Ia melibatkan tempoh yang panjang selain 50 peratus peserta terdiri daripada delegasi luar negara," katanya semasa sidang media selepas tinjauan raptai keselamatan kesiapsiagaan Forum Bandar Sedunia (WUF9) di sini hari ini.
Katanya, lebih 2,000 anggota keselamatan akan bertugas pada WUF9 2018 yang akan berlangsung pada 7 sehingga 13 Februari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
WUF9 adalah satu forum teknikal bukan perundangan yang diadakan oleh UN Habitat, di bandar yang berbeza setiap dua tahun.
Forum ini telah menjadi salah satu acara antarabangsa utama bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai cabaran perbandaran.
Objektif dan kaedah pelaksanaan WUF telah dimulakan semasa sesi pertama forum yang diadakan di Nairobi, Kenya, dari 29 April sehingga 3 Mei 2002.
Penyertaan dalam forum WUF9 ini adalah percuma dan orang awam dan semua pihak berkepentingan dalam bidang perbandaran adalah amat dialu-alukan.
Pendaftaran untuk penyertaan kepada orang awam bermula pada Julai tahun lepas lagi.
Topic Berkaitan
#SOP
#WUF9
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan