CAMERON HIGHLANDS: Kewujudan satu badan khas bagi memantau dan menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran tempatan perlu direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee.
Justeru, katanya, perbincangan menyeluruh akan dibuat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.
"Bagi kita, badan khas itu lebih kepada bidang kuasa KPDNHEP selaku kementerian yang bertindak terhadap kenaikan harga (barangan).
"Di pihak MAFI, kita menyambut baik sebarang perbincangan (penyelesaian) kerana pendirian kita, kos pengeluaran (makanan ayam) ditanggung pihak industri dan kos (harga ayam) sepatutnya dikenakan kepada rakyat perlu seimbang," katanya selepas melawat Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC), di Dewan Serbaguna Kampung Raja, di sini hari ini.
Semalam Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sesi perbincangan bersama MAFI secara berterusan perlu diadakan bagi menangani permasalahan harga makanan ayam yang tinggi disuarakan kebanyakan penternak.
Beliau menegaskan perbincangan itu menyasarkan isu kos tinggi meliputi dedak ayam yang diimport, harga baka ayam dan anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat pengguna.
Dalam pada itu, Ronald berkata pihaknya berpendapat bantuan subsidi bagi menampung kos pengimportan dan komponen makanan ternakan juga antara mekanisme yang mampu memberi kesan positif dalam menstabilkan semula kenaikan harga ayam di pasaran.
Terdahulu, mengenai program AiCAV beliau berkata lebih 17,000 pekerja sektor penanaman sayur di kawasan tanah tinggi itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui program tersebut yang bermula 27 Ogos lalu.
Katanya, sebanyak 400 syarikat menyertai program itu yang dilihat sebagai langkah proaktif bagi menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara.
"Sehingga kini sebanyak 10,000 pekerja telah menerima dos pertama, baki 7,000 pekerja lagi akan divaksin bermula semalam hingga 27 Sept ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021
Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, perbincangan menyeluruh akan dibuat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.