awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu blok Sekolah Kebangsaan Muhibbah musnah dalam kebakaran

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
30/06/2024
01:45 MYT
Satu blok Sekolah Kebangsaan Muhibbah musnah dalam kebakaran
Sebuah blok di Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Jalan Tanjong Bako, Kota Samarahan, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
KOTA SAMARAHAN: Sebuah blok di Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Jalan Tanjong Bako, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 1.18 pagi dan segera mengaktifkan dua jentera dan sebuah ambulans EMRS daripada Balai Kota Samarahan dan Balai Tabuan Jaya ke lokasi, dengan kekuatan 16 anggota.
“Tiba di lokasi 42 minit kemudian, pasukan mendapati kebakaran telah memusnahkan satu blok bangunan sekolah lama jenis tidak kekal.
“Pasukan kemudian bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan pam angkut dan pili bomba serta semburan tiga nozel,” kata beliau.
Beliau berkata, pihak bomba berjaya memadam serta mengawal api daripada merebak memusnahkan bangunan bersebelahan.
“Tiada mangsa terlibat dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Sekolah Kebangsaan Muhibbah
#Jalan Tanjong Bako
#Henderi Ardimansyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan