MALAYSIA
Satu Creative, Yayasan Hasanah lancar dana RM1 juta, perkasa perusahaan sosial
Ahmad Azuar berkata, inisiatif ini dibangunkan bagi mewujudkan ekosistem sokongan yang membolehkan perusahaan sosial memperluas impak mereka. - Foto Satu Creative
KUALA LUMPUR: Satu Creative Services Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Hasanah melancarkan inisiatif nasional Creative Sprint - Dana Perusahaan Sosial Hasanah (HSEF) 2025 yang bertujuan memperkasa perusahaan sosial di Malaysia menerusi peruntukan geran berjumlah RM1 juta.
Ringkasan AI
Program ini menyasarkan penggiat perubahan di wilayah tengah dan utara negara, dengan fokus kepada empat tema utama iaitu Alam Sekitar, Seni & Ruang Awam, Pendidikan dan Pembangunan Komuniti.
Ketua Pegawai Eksekutif Satu Creative, Ahmad Azuar Zainuddin berkata, inisiatif ini dibangunkan bagi mewujudkan ekosistem sokongan yang membolehkan perusahaan sosial memperluas impak mereka.
“Perusahaan sosial membuktikan bahawa perniagaan boleh menjadi pemangkin kebaikan, mencipta peluang, memperkukuh komuniti dan melindungi alam sekitar. Namun tiada penggiat perubahan yang berjaya bersendirian,” katanya dalam satu kenyataan.
Creative Sprint HSEF 2025 menawarkan akses kepada mentor berpengalaman, rangkaian pelabur dan pemimpin ekosistem, selain latihan intensif dan program pembangunan kapasiti yang berterusan.
Ketua Perusahaan Sosial Yayasan Hasanah, Stanley Siva berkata, dana ini mencerminkan komitmen yayasan dalam menyokong pembangunan yang inklusif dan mampan.
“Perusahaan sosial ialah agen perubahan yang berkuasa. Dengan melabur dalam perjalanan mereka, kita sedang melabur dalam Malaysia yang lebih inklusif, berdaya tahan dan lestari,” katanya.
Permohonan untuk program ini dibuka dari 20 Ogos hingga 20 September.
Bootcamp Impak Wilayah Tengah (Kuala Lumpur) akan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober, diikuti Hari Demo pada 9 Oktober.
Bootcamp Wilayah Utara (Pulau Pinang) pula dijadualkan pada 14 dan 15 Oktober, dengan Hari Demo pada 16 Oktober.
Perusahaan sosial yang beroperasi di wilayah-wilayah ini digalakkan untuk menyertai dan memanfaatkan peluang ini bagi memperkukuh kapasiti, memperluas inisiatif dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang lebih mampan dan inklusif.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.satucreative.com.
Ringkasan AI
- Creative Sprint - HSEF 2025 tawar geran RM1 juta untuk memperkasa perusahaan sosial di wilayah Tengah dan Utara, dengan fokus kepada Alam Sekitar, Seni & Ruang Awam, Pendidikan dan Komuniti.
- Program ini sediakan akses kepada mentor, pelabur dan latihan intensif, bagi membantu penggiat perubahan memperluas impak dan membina ekosistem sokongan yang mampan.
- Permohonan dibuka 20 Ogos-20 September, dengan bootcamp dan Hari Demo dijadualkan di Kuala Lumpur (7-9 Okt) dan Pulau Pinang (14-16 Okt).