MALAYSIA
Satu daripada empat kanak-kanak Malaysia terdedah kandungan seksual dalam talian - Unicef
Robert Gass, wakil Unicef Malaysia, berkata ancaman digital yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak kini semakin serius.
KUALA LUMPUR: Satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia secara tidak sengaja terdedah kepada kandungan seksual atau gangguan dalam talian.
Menurut laporan Free Malaysia Today pada Selasa, kira-kira 100,000 kanak-kanak menjadi mangsa eksploitasi atau penderaan seksual dalam talian setiap tahun, menjadikan isu ini semakin membimbangkan.
Robert Gass, wakil Unicef Malaysia, berkata ancaman digital yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak kini semakin serius.
“(Faktor) kemajuan kecerdasan buatan (AI), dapat talian yang pantas, dan akses digital telah melangkaui undang-undang, dan sistem yang direka untuk melindungi kanak-kanak.
“Sekali gus mendedahkan mereka kepada bahaya baru yang semakin meningkat,” katanya semasa Forum ICT ASEAN mengenai Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian di sini hari ini.
Menurutnya, laporan global menunjukkan bahan penderaan seksual kanak-kanak yang dihasilkan AI meningkat daripada hampir 7,000 kes pada 2024 kepada kira-kira 440,000 hanya dalam separuh pertama 2025.
Kes “sextortion”, di mana kanak-kanak dipaksa berkongsi imej intim, turut meningkat, sering melibatkan kandungan AI atau chatbot manipulatif, kata Gass.
Beliau menegaskan bahawa menjarakkan kanak-kanak daripada dunia digital bukanlah perlindungan sebenar, sebaliknya hanya satu keterbatasan.
Tambahnya, keselamatan sebenar dicapai melalui dunia digital yang mengutamakan kanak-kanak, di mana keselamatan, privasi dan keterangkuman terbina sejak peringkat reka bentuk, bukan ditambah kemudian.
Gass turut menekankan peranan sekolah, keluarga dan komuniti sebagai barisan pertahanan pertama, serta kepentingan sistem laporan mesra kanak-kanak.
Beliau turut menyatakan hanya tiga peratus pelajar sekolah bersedia menggunakan alat laporan awam jika menghadapi masalah dalam talian, dan situasi ini perlu diubah.
Beliau menegaskan bahawa melindungi kanak-kanak dalam talian bukan tanggungjawab satu pihak sahaja.
(Sebaliknya) kerajaan, syarikat teknologi, pendidik, ibu bapa, masyarakat sivil, dan kanak-kanak sendiri semuanya perlu memainkan peranan, dengan kanak-kanak dianggap rakan dalam reka bentuk dasar, bukan sekadar subjek dasar.