awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu kluster baru dikesan di Sarawak, tiada risiko penularan dalam komuniti

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
20/08/2020
11:19 MYT
Satu kluster baru dikesan di Sarawak, tiada risiko penularan dalam komuniti
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, setakat ini sebanyak empat kes positif telah dikesan di atas kapal tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan wujudnya satu kluster baharu yang telah diasingkan dikenal pasti di sebuah kapal di Bintulu, Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan media berkata, setakat ini sebanyak empat kes positif telah dikesan di atas kapal tersebut.
“Kluster ini dikesan susulan saringan COVID-19 yang telah dijalankan ke atas lima orang kakitangan kapal tersebut yang mengalami gejala.
“Daripada jumlah tersebut, empat orang didapati positif COVID-19 dan seorang masih menunggu keputusan pengesahan makmal.
“Kesemua kes positif ini merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara,” katanya.
Tambah beliau, kapal itu mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun dan semua yang positif kini sedang dirawat di Hospital Bintulu, Sarawak.
“Justeru, kluster ini tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil di sebuah kapal.
“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat sedang dijalankan," ujarnya.
Tambah beliau, langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga telah dijalankan di kapal tersebut.
Topic Berkaitan
#Bintulu
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Jepun
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan