MALAYSIA
Satu lagi gempa bumi lemah dikesan di Johor, gegaran dirasai di empat negeri
Gempa bumi lemah magnitud 2.8 berlaku di barat laut Kluang, Johor dan gegaran dirasai di beberapa negeri sekitarnya. -Foto Facebook MetMalaysia
JOHOR BAHRU: Satu gempa bumi lemah dikesan berlaku pada jam 9 pagi tadi di kawasan barat laut Kluang, Johor, menurut kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ringkasan AI
Gempa berukuran magnitud 2.8 itu berpusat pada koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
Ia berlaku kira-kira 28 kilometer dari pusat bandar Kluang dan gegarannya dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, dan selatan Pahang.
Ia menyusul gempa bermagnitud 4.1 yang berlaku di Segamat, Johor pada jam 6.13 pagi tadi yang turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.
MetMalaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian ini.
Walaupun gegaran adalah ringan, pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan menasihati orang ramai agar kekal tenang serta mengikuti maklumat terkini daripada sumber rasmi.
MetMalaysia dalam pada itu meminta orang awam yang merasai gegaran untuk membantu dalam kajian impak dengan mengisi borang soal selidik rasmi MetMalaysia.
Antara maklumat yang dikumpul termasuk lokasi semasa kejadian dan jenis bangunan yang didiami ketika gegaran berlaku.
Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima.
MetMalaysia menegaskan bahawa pemantauan rapi akan diteruskan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.
Ringkasan AI
- Gempa bumi lemah magnitud 2.8 berlaku di barat laut Kluang, Johor dan gegaran dirasai di beberapa negeri sekitarnya.
- Tiada ancaman tsunami atau laporan kerosakan/kecederaan, namun pemantauan rapi diteruskan oleh MetMalaysia.
- Orang awam digalakkan isi soal selidik rasmi untuk bantu kajian impak gegaran.