awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu lagi kes cuba pecah mesin ATM di Kelantan gagal

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
27/01/2014
07:33 MYT
Satu lagi kes cuba pecah mesin ATM di Kelantan gagal
Gambar Fail
Polis Kelantan memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya dua cubaan pecah mesin pengeluaran wang tunai (ATM) dekat sini.
Lelaki berkenaan dikesan cuba memecahkan mesin ATM sebuah bank di kawasan Bandar Baru Kubang Kerian pada awal pagi Isnin namun percubaannya gagal dikesan oleh polis peronda.
Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, lelaki yang memakai topi keledar itu kemudian bertindak mengacukan senjata api ke arah anggota polis, memaksa polis melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek.
"Kita percaya kes di Nilam Puri (pada Khamis) dan malam tadi (adalah suspek) sama," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Dalam kejadian pada Khamis itu, sebuah mesin ATM di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) Nilam Puri cuba dipecah dengan cara yang hampir sama namun gagal selepas ia dikesan oleh ibu pejabat syarikat keselamatan yang menerima isyarat adanya pencerobohan daripada mesin itu.
Dalam kedua-dua kejadian itu, polis mendapati semua kamera litar tertutup di tempat kejadian disembur dengan cat.
Polis menyiasat kes mengikut Seksyen 457 dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(a) Akta Senjata.
Topic Berkaitan
#ATM
#curi
#jenayah
#Kubang Kerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan