MALAYSIA

Satu lagi kluster baharu? Ini lima tumpuan Sidang Media COVID-19 hari ini

Rahimah Abdullah 17/06/2020 | 09:50 MYT
Perkembangan terbaharu dalam sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyaksikan satu kluster baharu COVID-19 dikenalpasti hari ini.
Perkembangan terbaharu dalam sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyaksikan satu lagi kluster baharu COVID-19 dikenalpasti hari ini.
Namun, sepanjang tempoh 24 jam yang lalu kes baharu COVID-19 yang dilaporkan masih kekal dua digit.
Ini lima tumpuan sidang media COVID-19 yang perlu anda tahu:
1. 10 kes baharu COVID-19 melibatkan penularan di dalam negara dilaporkan iaitu tiga kes bukan warganegara dan tujuh kes warganegara Malaysia.
2. Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
3.140 kes COVID-19 pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,873 kes.
4. Tiada kes kematian baharu COVID-19 dilaporkan dan jumlah kes kematian akibat virus itu di Malaysia kekal 121 kes.
5. Sebuah kluster berkaitan dengan kes kematian ke-120 (iaitu kes ke-8403) di Sabah dikenalpasti.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kesihatan #koronavirus #Malaysia #Media #Noor Hisham Abdullah