MALAYSIA
Satu lagi mangsa tanah runtuh Cilacap ditemukan, angka korban kini 12 orang
Usaha mencari lima mangsa lain yang masih hilang diteruskan dengan bantuan lebih 600 anggota pasukan SAR, tentera, polis, dan sukarelawan. -Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Cibeunying, Daerah Cilacap, Jawa Tengah meningkat kepada 12 orang selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui satu lagi mayat mangsa pada Ahad, hari keempat operasi pencarian.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Pejabat SAR Cilacap, Muhammad Abdullah, berkata mangsa terbaharu dikenali sebagai Kasrinah, 47, ditemui tertimbus di kawasan kerja A-2 di Dusun Cibuyut sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan.
“Setakat ini, lima lagi mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian diteruskan dengan kekuatan lebih 600 anggota termasuk pasukan SAR, tentera, polis dan sukarelawan,” katanya kepada media di lokasi kejadian.
Sebanyak 21 jentera penggali, 17 set pemampat udara dan sembilan ekor anjing pengesan turut dikerahkan bagi mempercepatkan operasi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah dan serpihan rumah.
Tanah runtuh yang berlaku pada Khamis lalu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang menyebabkan cerun bukit runtuh dan menimbus beberapa rumah di tiga kampung sekitar kawasan tersebut.
Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon bencana dan menasihatkan penduduk berhampiran agar berpindah sementara ke pusat pemindahan yang disediakan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- 12 orang menjadi korban tanah runtuh di Kampung Cibeunying, Daerah Cilacap, Jawa Tengah selepas penemuan mayat terbaharu, Kasrinah, 47.
- Usaha mencari lima mangsa lain yang masih hilang diteruskan dengan bantuan lebih 600 anggota pasukan SAR, tentera, polis, dan sukarelawan.
- Tanah runtuh disebabkan hujan lebat menyebabkan cerun bukit runtuh dan menimbus rumah di tiga kampung, menyebabkan kawasan itu diisytiharkan zon bencana.
Ketua Pejabat SAR Cilacap, Muhammad Abdullah, berkata mangsa terbaharu dikenali sebagai Kasrinah, 47, ditemui tertimbus di kawasan kerja A-2 di Dusun Cibuyut sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan.
“Setakat ini, lima lagi mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian diteruskan dengan kekuatan lebih 600 anggota termasuk pasukan SAR, tentera, polis dan sukarelawan,” katanya kepada media di lokasi kejadian.
Sebanyak 21 jentera penggali, 17 set pemampat udara dan sembilan ekor anjing pengesan turut dikerahkan bagi mempercepatkan operasi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah dan serpihan rumah.
Tanah runtuh yang berlaku pada Khamis lalu dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang menyebabkan cerun bukit runtuh dan menimbus beberapa rumah di tiga kampung sekitar kawasan tersebut.
Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon bencana dan menasihatkan penduduk berhampiran agar berpindah sementara ke pusat pemindahan yang disediakan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah korban akibat tanah runtuh di Kampung Cibeunying, Daerah Cilacap, Jawa Tengah sehingga Ahad?
A: Sebanyak 12 orang. - Q: Siapakah mangsa terbaharu yang ditemui dalam operasi pencarian Ahad di Kampung Cibeunying?
A: Mangsa terbaharu dikenali sebagai Kasrinah, berusia 47 tahun. - Q: Berapakah bilangan mangsa yang masih belum ditemui setakat ini?
A: Lima lagi mangsa masih belum ditemui. - Q: Apakah jumlah anggota yang terlibat dalam usaha pencarian mangsa di kawasan tanah runtuh tersebut?
A: Lebih 600 anggota termasuk pasukan SAR, tentera, polis, dan sukarelawan turut terlibat dalam operasi mencari mangsa. - Q: Apakah punca yang dipercayai menyebabkan tanah runtuh di Kampung Cibeunying?
A: Tanah runtuh dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang menyebabkan cerun bukit runtuh dan menimbus beberapa rumah di tiga kampung sekitar kawasan tersebut.