awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu penghormatan jika jenazah dikebumikan di Putrajaya - Bapa pramugari

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2014
13:52 MYT
Satu penghormatan jika jenazah dikebumikan di Putrajaya - Bapa pramugari
Nor Shahzana merupakan salah seorang pramugari penerbangan MH17. -fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA
Bapa pramugari Nur Shazana, Mohamed Salleh Shamsuddin, berkata, cadangan pengkebumian anaknya di Putrajaya nanti disifatkan sebagai satu penghormatan buat semua mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia, MH17.
Mohamed Salleh berkata, biarpun permulaannya beliau berat hati dan lebih selesa jenazahnya di bawa pulang ke Pulau Pinang, namun selepas berbincang dia akhirnya bersetuju sekiranya jenazah anak sulung mereka itu dikebumikan bersama dengan mangsa-mangsa lain di Putrajaya.
Tambah beliau, mereka sekeluarga kini sedang menanti perkembangan lanjut berhubung proses membawa pulang jenazah anaknya.
Nur Shazana adalah antara 15 anak kapal pesawat MH17 yang membawa 280 penumpang ketika terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas. Pesawat berkenaan, yang dalam penjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#MH17
#Nur Shazana Mohamed Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan