MALAYSIA
Satu PPS dibuka di Pokok Sena, tempatkan 200 mangsa banjir
Satu PPS dibuka di Dewan Serbaguna Pokok Sena bagi menempatkan 200 mangsa daripada 50 keluarga yang terjejas banjir malam tadi. - Foto APM Kedah
ALOR SETAR: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pokok Sena, malam tadi, iaitu di Dewan Serbaguna Pokok Sena bagi menempatkan 200 mangsa daripada 50 keluarga yang terjejas banjir.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari Mukim Gajah Mati, Mukim Tualang dan Mukim Derang itu ditempatkan di PPS itu yang dibuka pada 11 malam tadi.
"Kawasan-kawasan yang terlibat dari mukim berkenaan ialah Taman Puteri, Kampung Sungai Durian, Kampung Temusu dan Kampung Pulau Nyor.
"Tiga sungai di Kedah menunjukkan paras air bahaya, iaitu Sungai Nawa di Kampung Pokok Sena Lama, Pokok Sena; Sungai Chepir di Titi Pekan Sik, Sik dan Sungai Ketil di Kampung Bongor, Baling," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata tiga lagi sungai berada pada tahap amaran, iaitu Sungai Muda di Ampang Jajar, Kuala Muda; Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu dan Sungai Naka di Naka, Padang Terap.
Beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air berikutan hujan lebat sejak 2 petang, semalam.
-- BERNAMA