MALAYSIA

Satu PPS dibuka di Port Dickson tempatkan 33 mangsa

Bernama 15/09/2025 | 05:15 MYT
Mangsa di PPS terbabit terdiri daripada 18 dewasa dan 15 kanak-kanak dari Kampung Jimah Lama, Lukut. - Gambar fail
SEREMBAN: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Kampung Jimah Lama, Port Dickson pada 10.40 pagi tadi bagi menempatkan 33 mangsa daripada lapan keluarga yang terjejas akibat banjir.


Ringkasan AI
  • PPS dibuka di Balai Raya Kampung Jimah Lama, Port Dickson pada 10.40 pagi bagi menempatkan 33 mangsa daripada lapan keluarga terjejas banjir.
  • Mangsa terdiri daripada 18 dewasa dan 15 kanak-kanak, dengan hujan lebat kira-kira lima jam sejak tengah malam; banjir dijangka surut dalam beberapa jam.
  • Kampung Jimah Lama hotspot banjir kerana lokasi rendah berhampiran sungai, tiada kerosakan harta dilaporkan; APM terus pantau situasi.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson Kapt (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata mangsa terdiri daripada 18 dewasa dan 15 kanak-kanak dari Kampung Jimah Lama, Lukut.

"Hujan lebat berlaku kira-kira lima jam sejak 12 tengah malam tadi. Kita menjangkakan jumlah mangsa di PPS akan bertambah, bagaimanapun cuaca ketika ini cerah dan banjir dijangka surut sepenuhnya dalam beberapa jam lagi.

"Kampung tersebut sememangnya hotspot banjir kerana lokasinya berdekatan dengan sungai dan kawasan rendah. Tiada kerosakan harta benda dilaporkan akibat banjir itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata anggota APM masih melakukan pemantauan di lokasi selain bertugas di PPS berkenaan.

-- BERNAMA



#banjir #pusat pemindahan #PPS #Port Dickson #terkini