awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok
Penjawat awam rugi RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen platform cungkil bakat muda bola sepak Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/11/2024
11:14 MYT
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
Maimunah berkata RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.

Ringkasan AI
  • Lima taman di sekitar Kuala Lumpur akan menerima peruntukan RM1 juta setiap satu untuk projek penghijauan yang dijangka bermula tahun depan.
  • Kawasan hijau yang telah diwartakan tidak akan dikeluarkan daripada warta untuk tujuan pembangunan, memastikan kelestarian bandar.
  • DBKL bekerjasama dengan pemaju untuk membangunkan kawasan hijau di tapak-tapak yang dimajukan dan dalam premis pembangunan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata projek yang dijangka bermula tahun depan itu dipersetujui oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
“Kita ada dalam pelan tindakan DBKL senarai taman-taman yang akan dinaiktaraf dan jumlah kosnya. Saya baru saja berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
“Saya kata, mintalah sedikit peruntukan. Beliau beritahu saya untuk tentukan lima taman cadangan, beliau akan berikan RM1 juta untuk satu taman. Ia akan dilancarkan mungkin tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Menurut Maimunah, untuk memastikan kelestarian bandar Kuala Lumpur kawasan-kawasan hijau yang telah diwartakan tidak akan dikeluarkan daripada warta untuk tujuan pembangunan.
Tambahnya, DBKL juga bekerjasama dengan pihak pemaju untuk membangunkan kawasan hijau di tapak-tapak yang dimajukan semaksimum mungkin.
"Saya juga bekerjasama dengan pemaju-pemaju, mereka bangunkan kawasan mereka dengan keperluan kepada kawasan hijau di tapak yang dimajukan serta kawasan hijau di dalam premis pembangunan. Seterusnya, di kawasan-kawasan hijau DBKL akan dinaiktaraf,” ujarnya.
Maimunah bersama delegasi Malaysia ketika ini menghadiri Forum Bandar Dunia (World Urban Forum; WUF) ke-12 (WUF12) yang berlansung di Kaherah, Mesir antara 4 hingga 8 November 2024.
Di forum berkenaan, Rumah Malaysia menampilkan 21 rakan pameran, termasuk Kerajaan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan, wakil sektor swasta, dan universiti terkemuka.
Topic Berkaitan
#DBKL
#pbt
#Nga Kor Ming
#Kuala Lumpur
#pembangunan mampan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan