MALAYSIA
SATU teliti semula kenaikan tarif air di Terengganu
Zulkifli berkata isu beban kenaikan kos sara hidup rakyat berikutan pelarasan tarif dan peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh SATU adalah antara fokus utama yang menjadi pertimbangan kerajaan negeri. - Gambar Facebook SATU water
KUALA TERENGGANU: Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) diarah supaya meneliti dan mengemukakan pelan tindakan baharu kepada kerajaan negeri berkaitan kenaikan tarif air dalam masa terdekat.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Zulkifli Ali berkata hal itu susulan aduan dan rintihan rakyat yang dilapor terkesan dengan pelarasan dan penguatkuasaan tarif air baharu oleh SATU sejak 1 Ogos lepas.
Beliau berkata perkara tersebut telah dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini yang menilai semula perkara berbangkit berkaitan tarif air bagi memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua pihak.
"Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri (Terengganu) mengambil maklum aduan dan rintihan rakyat berkaitan isu pelarasan tarif air oleh SATU.
"Sehubungan itu MMKN bersetuju agar SATU membuat penelitian dari segenap aspek dan mengemukakan pelan tindakan baharu kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat agar segala aduan pengguna yang terkesan dapat disantuni sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkifli berkata isu beban kenaikan kos sara hidup rakyat berikutan pelarasan tarif dan peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh SATU adalah antara fokus utama yang menjadi pertimbangan kerajaan negeri.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif SATU Abdul Karim Endut memaklumkan syarikat memerlukan peruntukan sekitar RM500 juta bagi kerja pembaikan dan penggantian jajaran paip usang yang kritikal di seluruh Terengganu.
Selain itu, hampir 40 peratus kos operasi SATU melibatkan penggunaan elektrik yang menelan belanja antara RM70 hingga RM80 juta setahun di samping tambahan beban akibat kenaikan tarif elektrik dan peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Menurut beliau pelarasan tarif air di Terengganu yang dibuat selari dengan garis panduan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memastikan kelestarian operasi termasuk kos penyelenggaraan aset, rawatan air serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
-- BERNAMA