KLANG: Berang kerana adik saudaranya enggan membuka pintu rumah, seorang gelandangan bertindak membakar pakaian milik jiran di Blok H, Flat Sri Perantau di sini sekitar jam 1.30 petang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pengadu yang merupakan seorang suri rumah berusia 69 tahun itu terhidu bau asap datang daripada bahagian hadapan rumahnya lalu membuat laporan.
"Pengadu menyedari ada bau asap daripada luar rumah dan mendapati seorang lelaki yang dikenali sedang memegang baju miliknya yang dijemur di hadapan rumah dalam keadaan terbakar.
"Sebelum ini pengadu juga telah melihat lelaki sama membakar pinggan, mangkuk dan penyapu yang berada di hadapan rumah," katanya dalam kenyataan pada Khamis
Menurutnya, suspek berjaya ditahan sekitar jam 4.30 petang pada hari sama di sebuah taman permainan berhampiran Blok J di kawasan flat terbabit.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut," katanya
Shamsul Amar berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah dan jenayah.
"Rekod lampau suspek membabitkan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 380 Kanun Keseksaan Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.
"Ujian saringan air kencing masih belum dijalankan dan kami tidak menolak kemungkinan bahawa suspek mempunyai masalah gangguan mental," ujarnya.
Sehubungan itu, suspek direman selama lima hari bermula Khamis di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 16 2021
Suspek berjaya ditahan sekitar jam 4.30 petang pada hari sama di sebuah taman permainan berhampiran Blok J di kawasan flat terbabit.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Saudara enggan buka pintu, gelandangan bakar pakaian jiran
Suri rumah berusia 69 tahun itu terhidu bau asap datang daripada bahagian hadapan rumahnya lalu membuat laporan.