"Saya boleh simpan Waytha Moorthy sebagai menteri" - Tun M

Firdaus Azil
Oktober 3, 2019 04:37 MYT
Pada Januari lalu, Dr Mahathir berkata, beliau akan memutuskan kedudukan Waytha Moorthy menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib
PUTRAJAYA: Tiada keperluan untuk menilai semula kedudukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, beliau telah meneliti keputusan penuh inkues berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim dan memutuskan untuk terus mengekalkan kedudukan pengasas Parti Kemajuan Malaysia itu dalam kabinetnya.
“Saya tak nampak ada masalah. Jadi Waytha Moorthy ni saya boleh simpan dia sebagai menteri,” katanya kepada pemberita selepas selesai melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini, hari ini.
BACA: [INFOGRAFIK] Kronologi Kes Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim
BACA: Kematian Adib disebabkan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali - Hakim Koroner
Pada Januari lalu, Dr Mahathir berkata, beliau akan memutuskan kedudukan Waytha Moorthy sebagai menteri yang bertanggung jawab menjaga perpaduan dan integriti nasional selepas menerima laporan penuh inkues kematian Muhammad Adib.
Ia susulan gesaan beberapa pihak yang mendakwa Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan agar tindakan displin dikenakan terhadap polis yang bertugas sewaktu isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang, pada November tahun lalu.
#Muhammad Adib #Adib #Dr Mahathir Mohamad #Tun M #Tun Dr Mahathir Mohamad #P Waytha Moorthy #Waythamoorthy #menteri #kerajaan