KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Azmi Tahir hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau bukan berjumpa dengan Low Taek Jho atau Jho Low di tepi jalan dan percaya ahli perniagaan itu adalah wakil Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 1MDB.
Azmi, 49, berkata ini kerana Jho Low telah diperkenal kepada beliau oleh bekas Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias. Azlin meninggal dunia dalam insiden helikopter terhempas pada 4 April 2015.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Datuk Hariharan Tara Singh pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Hariharan: Sebagai CFO ketika itu, adakah anda tidak terfikir bahawa adalah tidak wajar bagi anda menerima arahan daripada Jho Low yang bukan merupakan sebahagian daripada syarikat (1MDB)?
Azmi: Tidak. Semua orang percaya beliau adalah wakil sah yang mewakili Datuk Seri Najib. Saya bukan berjumpa dengan beliau di tepi jalan, beliau telah diperkenal kepada saya oleh Allahyarham Azlin.
Saksi pendakwaan ke-12 itu juga berkata mesyuarat pada 15 Dis 2013 dengan KPMG Malaysia di kediaman Najib diadakan susulan ketidakpuasan hati KPMG terhadap penjelasan dan dokumen tidak lengkap yang diberikan berhubung pelaburan besar syarikat itu sebanyak US$2.3 bilion dalam dana tidak diketahui iaitu Bridge Global SPC, yang dibuat menerusi Brazen Sky Ltd, sebuah syarikat tujuan khas 1MDB.
Azmi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman serta bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin turut hadir bersama dengan Jho Low dan Najib.
Hariharan menyoal Azmi mengapa beliau tidak mengesahkan kesemua pemindahan ini ketika bertemu Najib pada mesyuarat itu dan saksi tersebut berkata berdasarkan pengalaman lalu, beliau sepatutnya berbuat demikian namun berasakan ia bukan masa yang sesuai untuk membangkitkan perkara itu.
Kepada soalan lain, saksi itu bersetuju dengan cadangan bahawa Jho Low telah mendapat manfaat daripada pergerakan dana daripada 1MDB kepada syarikatnya iaitu Good Star Ltd.
Azmi bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa beliau adalah sebahagian daripada rancangan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB dan berkata beliau telah melaksanakan arahan ahli perniagaan dalam buruan itu tanpa menyoalnya.
Ahli Parlimen Pekan itu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
Azmi berkata, dia percaya Jho Low adalah wakil Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 1MDB. - Gambar fail
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Berjuta masuk ke dalam akaun Najib tetapi tidak didedahkan semasa mesyuarat 1MDB - Saksi
Saksi itu juga berkata beliau tidak pernah mendapat satu sen pun daripada Jho Low sepanjang perkhidmatannya dalam syarikat itu.
Peguam bertikam lidah dengan saksi berhubung gaya hidup mewah Jho Low
Perbicaraan kes 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi bertukar panas apabila peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal bekas CFO 1MDB mengenai gaya hidup mewah Jho Low.
'Saya bukan jumpa Jho Low di tepi jalan, beliau wakil Najib' - Bekas CFO 1MDB
Azmi, 49, berkata ini kerana Jho Low telah diperkenal kepada beliau oleh bekas Setiausaha Sulit Najib iaitu Allahyarham Datuk Azlin Alias.
'Tiada kuasa' untuk suarakan kebimbangan tentang keputusan kewangan 1MDB - Bekas CFO
Azmi, 49, berkata beliau tidak pernah membangkitkan isu itu kepada ahli lembaga pengarah (BOD) 1MDB.
1MDB: Saksi tidak tahu sebahagian bon US$3 bilion dipindah kepada Tanore
Azmi Tahir, 48, berkata beliau hanya mengetahui perkara itu melalui laporan media.
Proksi Jho Low dilantik sebagai penandatangan sah dalam syarikat subsidiari 1MDB - Saksi
Saksi ke-10 pendakwaan itu mengesahkan bahawa bekas pengarah eksekutif 1MDB dan rakan sekutu Jho Low, Terence Geh juga dilantik sebagai penandatangan sah dalam 1MDB GIL.