awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya dah buat report' - Ada individu guna gambar Fauziah Nawi kutuk Mawi, Ekin di platform X

Gempak
Gempak
07/10/2023
04:25 MYT
'Saya dah buat report' - Ada individu guna gambar Fauziah Nawi kutuk Mawi, Ekin di platform X
Menerusi paparan tangkap layar yang dikongsi oleh Fauziah (kiri), individu berkenaan mengulas mengenai isu bayaran gerai makan yang melibatkan penyanyi Mawi dan isterinya, Ekin (kanan). -Gempak
PELAKON senior Datuk Fauziah Nawi mendedahkan yang ada individu menggunakan gambarnya di platform X.
Fauziah berkata, dia telah pun membuat laporan terhadap individu yang menggunakan nama Kak Jah Sungai Dua di platform berkenaan.
“Untuk makluman ada orang yang buka akaun Twitter (X) atas nama Kak Jah Sungai Dua menggunakan gambar saya.
"Ini bukan akaun saya. Saya dah buat report,” tulisnya ringkas.
Menerusi paparan tangkap layar yang dikongsi oleh Fauziah, individu berkenaan mengulas mengenai isu bayaran gerai makan yang melibatkan penyanyi Mawi dan isterinya, Ekin.
Menerusi balasan komen yang ditinggalkan oleh pengikut Fauziah, ramai menyokong tindakannya itu dan beranggapan tindakan individu menggunakan gambarnya sebagai sesuatu yang melampau.
Terdahulu, kecoh dalam kalangan netizen apabila Ekin berkongsi harga yang perlu dibayar selepas menikmati hidangan makanan laut di sebuah restoran di Johor Bahru.
Selepas perkongsian Ekin tersebut viral, pemilik kedai telah membuat kenyataan balas dan memperincikan satu persatu menu yang dipesan oleh Ekin. -Gempak
Topic Berkaitan
#Fauziah Nawi
#Kak Jah Sungai Dua
#hidangan makanan laut
#restoran caj mahal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan