PADANG RENGAS: "Saya berharap Allah akan memberi hidayah kepada mereka semua."
Itu harapan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika mengulas isu penjawat awam di negeri ini yang masih enggan menerima suntikan vaksinasi COVID-19 sekalipun sudah memasuki 1 November.
Dalam nada penuh mengharap, Saarani merayu kepada mereka terbabit termasuk rakyat Perak yang belum atau enggan divaksinasi supaya berlapang dada dan menerima suntikan itu secepat mungkin.
"Sudah tentu kita membuat dasar itu kerana mengambil kira mereka yang tidak mengambil vaksin akan berpeluang untuk mendapat jangkitan, sekali gus menjangkitkan orang lain.
"Jadi tidak adil kepada mereka yang sudah mengambil vaksin, apatah lagi penjawat awam termasuk guru-guru... mereka akan sentiasa berhadapan dengan orang ramai.
"Saya berharap Allah akan memberi hidayah kepada mereka semua supaya berlapang dada dan apa pun pendirian serta pandangan kita... kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat Perak yang belum mengambil vaksin saya merayu supaya pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk divaksinasi," katanya.
Menteri Besar berkata demikian sebagai mengulas tindakan tatatertib yang akan dikenakan kepada mana-mana penjawat awam yang tidak mengambil vaksin tanpa sebarang alasan kesihatan, bermula hari ini.
Sarani sebelum itu menghadiri Sesi Townhall Menteri Besar Bersama Penjawat Awam dan Warga Keselamatan di Dewan Millenium, Lubok Merbau di sini, pada Isnin.
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Sementara itu, Saarani optimis Perak mampu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi.
"Lagi cepat lagi bagus (peralihan fasa) sebab semalam kita lihat angka di Perak bawah 300.
"Saya jangka kalau kita boleh kekalkan momentum ini, lebih rendah turun sudah tentu kita akan dapat hadiah daripada Jawatankuasa Pengurusan COVID Kebangsaan untuk peralihan fasa," katanya lagi.
Media, sebelum ini melaporkan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pada 18 Oktober lalu, penjawat awam yang tidak mematuhi arahan daripada ketua jabatan untuk mendapatkan dos vaksin COVID-19 selepas 1 November boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.
Difahamkan ketika ini, kelompok penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk divaksinkan adalah kecil berbanding majoriti penjawat awam yang telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Aida Aziz
Mon Nov 01 2021

Saarani merayu kepada mereka terbabit termasuk rakyat Perak yang belum atau enggan divaksinasi supaya berlapang dada dan menerima suntikan itu secepat mungkin. - Gambar Astro AWANI

PM Ismail Sabri yakin pelabur asing terus tanam modal di Malaysia
Perdana Menteri menzahirkan keyakinan bahawa pelabur asing akan terus berminat menanam modal di negara ini hasil polisi dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Hari Kemanusiaan | Malaysia for Syria terus beri bantuan
Meski tidak banyak perubahan yang berjaya dilakukan dalam usaha menyelamatkan Syria terutama nasib kanak-kanak, namun tidak mematahkan semangat Malaysia for Syria untuk terus menghulurkan bantuan.

Kemarau | China keluarkan amaran kemarau kebangsaan
China mengeluarkan amaran kemarau yang pertama tahun ini ketika pihak berkuasa giat menangani kebakaran hutan, selain menggerakkan pasukan khas untuk melindungi tanaman supaya tidak terjejas akibat suhu panas di sepanjang lembangan Sungai Yangtze.

RMK-12 | RM6.3 bilion peruntukan diluluskan untuk Selangor
Kerajaan meluluskan peruntukan RM6.3 bilion bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor di bawah rolling plan kedua Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara projek penting yang akan dilaksanakan termasuk lima projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan RM4.7 bilion.

Dua beradik dari Sarawak sudah ada MyKad, tidak sabar kembali ke sekolah
Tiada lagi kegelisahan dapat dirasai buat dua adik beradik Illa Willy dan Ivy Willy untuk meneruskan persekolahan dengan dokumen yang sah.

Kemalangan | Treler terjunam dari atas lebuh raya
Sebuah treler terbabas lalu terjunam dari lebuh raya ke Jalan Persekutuan di Kilometer 271.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Ipoh, tengahari Jumaat. Kemalangan itu dikatakan turut menyebabkan dua buah kereta yang melalui jalan Kuala Kangsar di bawah lebuh raya berkenaan mengalami kerosakan selepas dipercayai ditimpa serpihan besi.

Tenaga Buruh | Cadangan kerja 45 jam tidak menjejaskan produktiviti
Cadangan pelaksanaan waktu kerja 45 jam seminggu berbanding 48 jam tidak akan menjejaskan produktiviti. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, sebaliknya cadangan waktu kerja lebih pendek mampu memberikan keseimbangan waktu peribadi dan kerja sekali gus membawa kepada hasil produktiviti lebih baik.

Operasi KKM | Dua pemilik kilang ais dikompaun
Dua pemilik kilang ais dikenakan kompaun selepas gagal mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam satu operasi di Bandar BDC, Sandakan. Pemilik kedua-dua kilang itu masing-masing dikompaun RM3,500 dan RM6,000 . Operasi melibatkan sembilan petugas KKM mendapati ada pekerja tidak memiliki kad kesihatan, selain tidak memiliki lesen keselamatan KKM.

Piala Dunia FIFA Qatar, 2.45 juta tiket terjual setakat ini
Peminat yang memiliki satu atau lebih tiket perlawanan dalam akaun mereka digalakkan untuk mula merancang perjalanan mereka secepat mungkin.

Konflik Rusia-Ukraine: Presiden Ukraine adakan perbincangan dengan Erdogan, Guterres
Zelensky berkata bahawa Kiev bersedia untuk mengadakan rundingan damai dengan Moscow hanya selepas pengunduran tentera Rusia dari Ukraine.