MALAYSIA
'Saya hilang sabar, renungkan tanggungjawab masing-masing dalam masa seminggu' - PM Anwar
PM Anwar turut menggesa pegawai yang merasakan cabaran dan ujian terlalu berat untuk tampil menyatakan ketidakupayaan mereka secara terbuka dalam tempoh ditetapkan. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau semakin hilang sabar apabila melihat masih wujud penjawat awam yang seolah-olah memandang enteng tanggungjawab dan amanah diberikan.
Sehubungan itu, Anwar menggesa mana-mana penjawat awam yang merasakan tidak mampu memikul amanah supaya tampil memaklumkan perkara tersebut dalam tempoh seminggu.
“Kenapa saya pilih untuk menyatakan ini kerana saya sudah sampai ke tahap hilang kesabaran dan merasakan masih ada kelemahan serta ruang yang wajib diperbaiki.
“Kalau sudah diamanahkan dan rasanya kurang mampu melaksanakan kerana cabaran terlalu besar dan ujian berat, saya syorkan dimaklumkan dalam tempoh seminggu ini kepada ketua-ketua, kepada saya sendiri, menteri, Peguam Negara atau sesiapa sahaja bahawa kita belum bersedia untuk mengambil langkah berani dan oleh itu beri laluan kepada orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat YAB Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasaan Berkaitan Jenayah Kewangan, anjuran Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) di sini, pada Rabu.
Pada masa sama, Anwar menegaskan beliau menghormati mana-mana pihak yang memilih untuk memohon jawatan dengan tanggungjawab lebih rendah, namun menekankan bahawa komitmen penuh adalah keperluan mutlak sekiranya terus memegang amanah sedia ada.
Dalam pada itu, Anwar turut meluahkan kebimbangan terhadap sikap sambil lewa dalam kalangan pihak tertentu sehingga membenarkan pelanggaran undang-undang berlaku secara terbuka, termasuk isu keselamatan sempadan.
“Bagaimana boleh negara ini mengizinkan peyelewengan terang-terangan?Apa kita buta tak dapat melihat (betapa) bolosnya sempadan.
"Apakah orang kita sudah hilang nilai kebenaran, hikmah, ihsan dan keadilan?” soalnya.
Menurut Anwar, kegagalan bertindak tegas hanya akan membuka ruang kepada kesalahan berulang, sekali gus menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan.
“Kalau kita tidak mahu mengizinkan perkara ini berlaku, maka kita harus bekerja sebagai satu pasukan dan cuba selesaikan dengan sebaik mungkin.
"Jangan ambil sikap sambil lewa, mudah memaafkan dan merasakan perkara ini boleh berlaku secara berterusan,” tegasnya.
Beliau turut mengingatkan bahawa pegawai kanan yang memegang jawatan tinggi dan telah menerima pengiktirafan selama puluhan tahun perlu menjadikan kedudukan itu sebagai dorongan untuk bertindak lebih berani dan bijaksana.
“Bintang-bintang kegemerlapan itu harus mendorong dan memaksa kita melakukan sesuatu yang benar dan bijak,” katanya.
“Saya menyeru rakan-rakan untuk segera bertindak mulai detik ini. Masa untuk bertindak adalah sekarang,” tambahnya.