'Saya jemput PM Najib sebagai tanda terima kasih' - Rajinikanth

Kohilah Sekaran
Mac 31, 2017 08:39 MYT
Rajinikanth telah menghantar jemputan kepada Najib kerana tidak berpeluang untuk bertemu dengannya ketika penggambaran filem Kabali di Malaysia, pada tahun lalu. - facebook.com / Rajini Maniacs @manojcreations.in
PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke India mengambil kesempatan bertemu pelakon terkenal negara itu, Rajinikanth di kediamannya hari ini.
Menerusi laman Twitter, beliau sempat berkongsi rakaman gambar beliau bersama legenda India itu, sebentar tadi.
“Baru sahaja bertemu dengan Superstar Tamil, Rajinikanth di kediamannya,” ucap Perdana Menteri.

Just had a very warm n friendly meeting with Mr Rajnikanth the Tamil superstar at his home pic.twitter.com/ICmWGV1ICI

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 31, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, Rajinikanth telah menghantar jemputan kepada Perdana Menteri kerana sebelum ini tidak berpeluang untuk bertemu dengan beliau ketika penggambaran filem Kabali di Malaysia, pada tahun lalu.
“Apabila membuat penggambaran filem Kabali di Malaysia, mereka telah memberi kerjasama yang baik.
"Jadi, saya cuba untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau ketika berada di situ, tetapi gagal kerana beliau agak sibuk.
“Apabila saya mendapat tahu beliau di Chennai, saya menghantar jemputan untuk bertemu dan beliau menerimanya,” kata Rajinikanth kepada media India dalam satu sidang media.
Tambah pelakon berusia 66 tahun itu, PM Najib turut menawarkan peluang untuk membuat lebih banyak filem di Malaysia.
Perdana Menteri tiba di India pada Khamis lalu untuk satu lawatan rasmi selama enam hari.

I am extremely happy to have met an excellent, friendly and warm person today ... The Honourable Prime Minister of Malaysia @NajibRazak ji pic.twitter.com/5Ui4oQaS6c

— Rajinikanth (@superstarrajini) March 31, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #najib #Perdana Menteri #Rajinikanth