MALAYSIA
"Saya kehilangan seorang sahabat karib" - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa sedih atas pemergian sahabat karibnya, Allahyarham Bung Moktar Radin ke rahmahtullah awal pagi ini.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa sedih atas pemergian sahabat karibnya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin ke rahmahtullah awal pagi ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau dan Allahyarham Bung Moktar mempunyai banyak memori bersama dalam parti, kerajaan serta di Dewan Rakyat
"Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya menerima khabar yang sangat menyedihkan. Saya kehilangan seorang sahabat karib, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
"Saya dan Allahyarham mempunyai banyak memori bersama dalam parti, Kerajaan serta di Dewan Rakyat. Allahyarham merupakan seorang sahabat seperjuangan yang sangat kental dan tidak pernah mengenal erti lelah," kata Ismail Sabri dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Dalam masa sama, Ismail Sabri menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pejuang parti yang kental dan setia, terutama ketika UMNO berdepan cabaran selepas PRU 2018.
"Ketika ramai meninggalkan UMNO, beliau kekal mempertahankan parti. Kesetiaan yang tiada tolok bandingnya," kata Ismail Sabri.
Dalam masa sama, Ismail Sabri berkata, kehilangan Bung Moktar bukan sahaja dirasai rakyat Sabah, tetapi seluruh Keluarga Malaysia kerana Allahyarham adalah tokoh lantang membela suara rakyat.
Sehubungan itu, Ismail Sabri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Allahyarham Bung Moktar, 66, menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Berita sedih pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar di Facebooknya.
"Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).
"Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," katanya.
Difahamkan, Allahyarham menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital, sejak pagi semalam.