MALAYSIA
"Saya kehilangan seorang teman dan pemimpin" - Rahman Dahlan
Rahman berkongsi gambar beliau dengan Allahyarham Bung Moktar yang dirakamkan pada 7 Mei 2019. Pemergian Bung Moktar amat memberi kesan kepada Rahman. - Gambar Instagram @rahmandahlan
KUALA LUMPUR: Pemergian Datuk Seri Bung Moktar Radin ke rahmahtullah awal pagi ini meninggalkan kesan yang amat mendalam buat rakan seperjuangan Allahyarham di gelanggang politik, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Dalam satu catatan di akaun media sosialnya sebentar tadi, Rahman menggambarkan Bung Moktar sebagai hero buat seluruh pejuang politik.
Hantaran Rahman jelas menggambarkan beliau sangat-sangat berduka dengan pemergian Ahli Parlimen Kinabantangan yang terkenal sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara dan berprinsip.
"Tiada apa yang mampu diluahkan. Dalam hati kami, kamu masih hero kami… Alfatihah kepada seorang pejuang. (In our hearts, you are still a hero to us… Alfatihah to a fighter)," tulis beliau.
Turut dicatatkan Rahman ialah beliau benar-benar tergamam menerima berita duka ini di awal pagi hari yang penuh keberkatan.
"Ya Allah, tidak ada kata-kata yang boleh menghilangkan rasa sedih mendengar berita ini. Saya kehilangan seorang teman dan pemimpin.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham," tulis Rahman sambil menitipkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Bung Moktar.
Mengiringi hantaran bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu ialah gambar beliau bersama Allahyarham Bung Moktar semasa berkempen di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan yang dirakamkan pada 7 Mei 2019.
Sekitar jam 1.46 pagi tadi, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Berita sedih pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar di Facebooknya.
Difahamkan, Allahyarham menghadapi kegagalan buah pinggang dan dimasukkan ke hospital sejak pagi semalam.