[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

'Saya macai Malaysia, bukan macai parti politik' - pendebat terbaik Asia

Syafique Shuib 04/11/2015 | 11:02 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mahu dirinya dan rakyat Malaysia yang lain dilabel berdasarkan parti politik.
Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mahu dirinya dan rakyat Malaysia yang lain dilabel berdasarkan parti politik ketika memberi kritikan.
Sebaliknya, beliau lebih selesa dengan label ‘Macai Malaysia’.
Kenyataan Syed Saddiq dimuat naik di Facebook beliau setelah beliau menerima pelbagai reaksi berikutan kenyataan beliau yang mengkritik DAP yang mula beralasan berhubung isu debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tambahnya, kritikan yang diberi harus dinilai berdasarkan kandungan berbanding label seseorang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kalau saya kritik pihak kerajaan yang memerintah, saya jadi macai pembangkang. Kalau saya kritik pihak pembangkang, saya jadi macai Barisan Nasional (BN).
“Saya bukan macai mana-mana parti politik. Kalau ada, saya jadi macai Malaysia," katanya di Facebook.
Kenyataan beliau diakhiri dengan hashtag #SayaMacaiMalaysia.

From the feedback which I've received,I have learnt today that i am now a fusion of "BN-Macai" & "opposition macai"....

Posted by Syed Saddiq on
Setelah kenyataan itu dikongsi di media sosial, hashtag #SayaMacaiMalaysia terus trending.
Ramai yang menyokong kempen itu dan berkata mengkritik satu pihak bukan bermakna menjadi macai pihak yang lain.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang menyuarakan bahawa mereka mahukan yang terbaik untuk Malaysia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Syed Saddiq turut berkata mana-mana politik perlu diletakkan di bawah pemerhatian awam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
##SayaMacaiMalaysia #BN #parti politik #pendebat terbaik Asia #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #trending