'Saya masih bersama Astro AWANI' - Nazri Kahar

Astro Awani
Jun 21, 2018 11:35 MYT
Nazri Kahar mengesahkan bahawa berita pelantikannya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Pendidikan sebagai berita palsu. - Foto Astro AWANI
Editor Hal Ehwal Semasa Astro AWANI, Nazri Kahar mengesahkan bahawa beliau tidak dilantik sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pendidikan.
"Berita yang tular di laman media sosial berkaitan pelantikan saya sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pendidikan adalah tidak benar.
"Untuk makluman, saya masih bersama Astro sebagai Editor Hal Ehwal Semasa Astro Awani," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.
Sebelum ini, tular di media sosial melalui kumpulan Whatsapp mengucapkan tahniah atas perlantikannya sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pendidikan.
Nazri Kahar merupakan Editor dan juga hos bagi rancangan Hal Ehwal Semasa di Astro Awani sejak 2007.
"Saya terus menyumbang kepada industri media terutamanya Astro AWANI yang teguh dengan prinsip neutral dan tidak memihak," tambahnya.
#Astro Awani #berita palsu #fake news #Menteri Pendidikan #Nazri Kahar