Saya masih lagi MB Johor - Osman

Astro Awani
April 12, 2019 10:27 MYT
Osman enggan mengulas lanjut berkaitan jawatan Menteri Besar Johor. - Gambar fail
Datuk Osman Sapian masih lagi meneruskan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor sehingga beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar esok.
Beliau menegaskan bahawa beliau masih memegang jawatan itu, selain Pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, lapor Utusan Online.
“Saya masih Menteri Besar Johor sehingga surat peletakan jawatan saya diserahkan kepada Sultan Johor esok (Sabtu),” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan sebuah restoran di Johor Bahru pada Jumaat.
Difahamkan, selepas menghadap Sultan Johor, sebuah sidang akhbar akan diadakan oleh beliau di lokasi yang bakal diberitahu kelak.
#letak jawatan #mb johor #Menteri Besar Johor #Osman Sapian #Sultan Ibrahim Sultan Iskandar #Sultan Johor #surat letak jawatan