MALAYSIA
'Saya minta maaf, tidak ambil sebarang minuman keras' - CEO Petronas
Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz memohon maaf secara terbuka susulan tindakan sambutan champagne shower (semburan arak) dalam satu kenyataan pada Selasa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz memohon maaf secara terbuka susulan tindakan sambutan champagne shower (semburan arak).
Ringkasan AI
Insiden itu berlaku ketika meraikan kemenangan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Formula One di Grand Prix Singapura, baru-baru ini.
Menurut Muhammad Taufik, keterujaan semasa menerima trofi menyebabkan tindak-tanduknya kurang sesuai dengan tempat dan keadaan.
"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras. Namun, sebagai seorang Muslim, saya akur bahawa saya seharusnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk sambutan sedemikian.
"Oleh itu, saya memohon maaf atas perbuatan saya yang tanpa sengaja menyinggung perasaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah Muhammad Taufik, beliau mengambil sepenuh tanggungjawab atas tindakan tersebut dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan berterusan kepada pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1.
Sebelum ini, tular rakaman video siaran langsung memperlihatkan Tengku Muhammad Taufik berada di podium Formula 1 di Singapura ketika berlangsungnya acara semburan arak.
Tindakannya itu mencetuskan kecaman serta kritikan ramai kerana menganggap ia tidak selari dengan status beliau sebagai seorang Muslim yang dilarang mendekati minuman keras.
Ringkasan AI
- Presiden dan CEO Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik memohon maaf atas tindakannya terlibat dalam sambutan semburan arak di podium F1 Singapura.
- Beliau menjelaskan tidak minum arak, namun mengakui sepatutnya tidak menyertai sebarang bentuk sambutan sedemikian.
- Tengku Muhammad Taufik mengambil tanggungjawab penuh dan berterima kasih atas sokongan terhadap pasukan Mercedes-AMG Petronas F1.