ENTERTAINMENT
'Saya peminat lagu you tau' - Michael Ang mohon maaf kepada Noraniza Idris

Michael meminta maaf selepas Noraniza selesai membuat kemunculan khas semasa persembahan Shiha Zikir dan Wany Hasrita. -Instagram @noraniza_idris @michaelang38
PENGARAH drama terkenal, Michael Ang meminta maaf kepada penyanyi, Noraniza Idris secara langsung di Anugerah Meletop Era 2020 (AME).
Michael meminta maaf selepas Noraniza selesai membuat kemunculan khas semasa persembahan Shiha Zikir dan Wany Hasrita yang menyanyikan lagu etnik kreatif iaitu "Hati Kama" dan "Ting Ting".
Menurut pengarah "Sweet Dreams" itu, dia langsung tidak berniat apa-apa dan apa yang dikatakan jujur dari hati.
"Mungkin bahasa saya terlalu kasar, jadi saya minta maaf sebab saya tak berniat apa-apa," katanya semasa siaran langsung AME 2020.
Pada masa sama, Ratu Etnik Kreatif itu juga mengatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk menerima kritikan namun apabila ia datang daripada Michael Ang yang mempunyai pengaruh yang besar ia agak terkesan buat dirinya.
"Michael orang berpengaruh, jadi dah tarik semua netizen untuk katakan sesuatu yang tidak baik pada Kak Ani, Kak Ani sedih tau" balas Noraniza.
Noraniza yang popular dengan lagu "Dikir Puteri" itu juga meminta agar Michael Ang selepas ini menggunakan perkataan-perkataan yang baik ketika beri komen pada seseorang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami