MALAYSIA
Saya perlu bergerak beberapa langkah lagi sebelum berundur - Taib Mahmud

Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Parti Komponen BN Sarawak hari ini. -- Foto Bernama
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata hari ini beliau perlu bergerak "beberapa langkah lagi" sebelum bersara dari jawatannya.
Beliau berkata antara perkara yang perlu beliau lakukan ialah memohon perkenan menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng untuk memberitahu Tuan Yang Terutama mengenai hasrat beliau untuk bersara dari jawatan Ketua Menteri Negeri.
"Saya perlu uruskan setiap perkara mengikut susunannya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sarawak di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.
Ditanya sama ada beliau akan berundur menjelang hujung bulan ini, Taib menjawab: "Ya...saya fikir begitulah...supaya saya dapat gaji penuh untuk Februari".
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami