''Mana tahu dia nak guna duit itu untuk ke hospital,'' komen ringkas Cheah Keng Keong, seorang insan berhati mulia yang nekad mengembalikan wang tunai RM4,000 yang ditemuinya Jalan Batu Sinar, dekat Bandar Baru Selatan dekat sini petang Selasa.
Keng Keong,48 yang bekerja sebagai pemungut bahan kitar semula berkata, dia pada mulanya tidak menyangka akan terjumpa duit sebanyak itu.
Katanya, duit itu ditemui ketika menunggang motosikal untuk ke setesen minyak bersama anak perempuannya.
Dia menghentikan motosikal selepas ternampak beberapa keping wang kertas RM5 di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa, berhampiran Bandar Baru.
Bapa kepada lima anak itu berkata, penemuan itu seterusnya membawa kepada penemuan sebuah beg silang yang mempunyai wang tunai yang agak banyak.
''Saya terus memberitahu perkara itu kepada anak perempuan saya dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk buat laporan polis dan menyerahkan beg yang mengandungi kad pengenalan, dokumen peribadi, dompet serta wang tunai.
''Saya tak tahu berapa banyak duit dalam beg itu tetapi saya tak nak sebab bukan saya punya.
''Saya orang susah, saya tahu perasaan memerlukan duit,”katanya ketika dihubungi Astro Awani hari ini.
Keng Keong berkata beliau agak terkejut apabila mengetahui jumlah wang di dalam beg tersebut bernilai RM4,000 namun sedikit pun beliau tidak teragak-agak untuk menyerahkannya kepada polis untuk dikembalikan kepada pemiliknya.
''Saya mungkin miskin, keluarga pun makan sederhana tetapi saya tak boleh tamak, saya beritahu anak saya, kita tak boleh ambil hak orang lain.
''Lagi pun,saya kena jadi contoh yang baik kepada keluarga saya,saya harap pemilik dia tak susah hati,'' katanya merendah diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Ng Kong Soon berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pemulangan semula wang tunai itu sekitar pukul 1.30 tengah hari Selasa.
''Keng Keong berasa amat risau ketika terjumpa beg itu sekitar 1.20 tengah hari dan segera ke balai polis untuk menyerahkan kesemua wang tunai.
''Mujur, kita dapat mengesan semula pemilik beg dan wang tunai itu iaitu seorang guru di Sekolah Agama Rakyat di Tapah dan telah memberitahu beliau untuk datang ke IPD Kampar agar kita boleh memulangkan semula beg itu,'' katanya kepada pemberita.
Kong Soon berkata sikap Keng Keong yang amat terpuji dan penuh amanah ini perlu menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia.
''Walaupun dia serba serbi kekurangan, dari segi ekonomi dan sebagainya, dia tetap berpegang kepada prinsipnya iaitu seorang yang jujur dan kami bercadang untuk memberikan sijil penghargaan sempena Hari Polis kelak,'' ujarnya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Mar 07 2018
Ng Kong Soon (kanan) mahu kejujuran Cheah Keng Keong jadi contoh bagi semua rakyat Malaysia.-foto ihsan PDRM
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.