awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya rasa lebih sihat" - Muhyiddin

Bernama
Bernama
27/09/2018
12:31 MYT
"Saya rasa lebih sihat" - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Kimo memang meletihkan tetapi saya dapat lalui dengan baik, saya rasa bertambah baik dari hari ke hari. - Gambar fail
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau merasa lebih sihat meskipun masih perlu menjalani rawatan kimoterapi.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, beliau akan menjalani peringkat kedua kimoterapi pada 1 Okt.
"Saya di sini hari ini untuk menunjukkan kepada anda semua bahawa saya masih bernyawa. Kimo memang meletihkan tetapi saya dapat lalui dengan baik, saya rasa bertambah baik dari hari ke hari.
"Saya menghadiri mesyuarat Kabinet semalam dan tentunya saya tidak mahu duduk sahaja di rumah dan saya mahu buat sesuatu. Saya mengadakan mesyuarat dengan para pegawai kementerian saya di rumah saya. Kerja beres tetapi terhad," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.
BACA: Muhyiddin mungkin jalani kemoterapi - Tun M
Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, bercuti sejak 12 Julai selepas menjalani pembedahan di Singapura untuk membuang ketumbuhan di pankreas, yang dikesan ianya berada pada tahap awal.
Beliau dibenar pulang pada 12 Ogos dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat dua hari kemudiannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Pagoh
#Bersatu
#Kimo
#kimoterapi
#lebih sihat
#Menteri Dalam Negeri
#Muhyiddin Yassin
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan