MALAYSIA
'Saya sayang Malaysia sampai hujung nyawa' - Tun M
TUN MAHATHIR: Saya ditanya kenapa saya terlalu ambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini? Jawapan saya — kenapa pula saya tak patut ambil peduli?
PUTRAJAYA: “Saya akan sayang negara ini sampai hujung nyawa.”
Itu penegasan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjawab persoalan umum mengapa beliau masih mengambil berat terhadap apa yang berlaku di Malaysia.
Menurutnya, ada yang mempersoalkan kenapa beliau tidak bersara sahaja memandangkan usia beliau yang sudah lanjut dan membiarkan orang muda mengambil alih.
Namun, jelas negarawan itu, sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang lahir dan membesar di negara ini, beliau mempunyai sebab kukuh untuk terus peduli terhadap tanah air.
"Ini negara saya. Saya lahir di sini. Saya membesar di sini dan banyak dapat manfaat daripada negara ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Tambah beliau, adalah tidak wajar untuk tidak mengambil kisah langsung mengenai negara yang telah memberinya kehidupan yang selamat dan terjamin.
"Negara ini hebat. Iklimnya amat baik. Tanahnya subur, kaya dengan bermacam hasil galian.
"Bagi saya, ia menawar pelbagai dan banyak sudah pun tertunai. Ia boleh beri lebih lagi kalau kita tahu macam mana nak buat," ujarnya.
Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Malaysia adalah satu-satunya tanah yang dimilikinya.
"Saya tak ada tempat lain nak pergi. Sebab itu saya sayang negara ini. Saya akan sayang sampai hujung nyawa," katanya sambil mengingatkan bahawa masih ramai orang di dunia ini tidak mempunyai negara atau tanah yang boleh dipanggil milik mereka sendiri.
Digelar Bapa Pemodenan Malaysia, Dr Mahathir menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 10 Julai lalu. - Sinar Harian