awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
13/09/2024
15:25 MYT
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Rosmah semasa sesi Sana Sini Podcast yang dihoskan Sivaraj dan Prof Datuk Dr Sivamurugan pada Jumaat malam. - Gambar YouTube @SanaSiniShow
KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan bekerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.
Katanya, semua rakyat Malaysia perlu memainkan peranan mereka untuk membolehkan negara mencapai kemajuan.
‘’Kita perlu mempunyai sikap ingin menyumbang kepada kesejahteraan negara, rakyat dan kanak-kanak kerana itu sangat penting.
‘’Kanak-kanak adalah permata negara kerana mereka akan meneruskan selepas kita semua tiada. Oleh itu, kita perlu mempersiapkan mereka dan kehidupan tidak akan mudah selepas ini.
‘’Saya agak sibuk menyelesaikan masalah sendiri namun bersedia memberi sokongan serta kerjasama asalkan kanak-kanak di negara ini akan dibesarkan ke tahap yang lebih baik,’’ ujarnya.
Rosmah berkata demikian menerusi Sana Sini Podcast yang dihoskan Datuk Sivaraj Chandran dan Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian pada Jumaat malam.
Menerusi podcast yang berdurasi hampir satu jam, isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu turut berkongsi ceritanya membangunkan inisiatif Permata yang memfokuskan kepada golongan kanak-kanak.
Mengulas kritikan yang dihadapinya pada saat penubuhan Permata, Rosmah berkata, setiap individu sememangnya mempunyai hak untuk mengkritik sesuatu perkara namun sekurang-kurangnya sokongan juga perlu diberikan.
‘’Saya rasa mereka patut berhenti mengkritik dan sebaliknya berfikir secara positif.
‘’Jika anda rasa anda tidak dapat melakukannya, sekurang-kurangnya anda boleh memberi sokongan moral daripada hanya mengutuk.
‘’Bagi saya, kritikan tidak akan membantu masyarakat kita atau negara kita, berikan sesuatu yang membina.
‘’Mereka bebas untuk mengkritik, tetapi saya katakan, datanglah dan bekerjasama dengan saya jika ada masalah dan bincangkan dengan saya,’’ katanya.
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#Kanak-kanak
#sokongan moral
#Sana Sini Podcast
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan