Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

'Saya tak boleh jawab’ - Zambry serah isu pelantikan senator kepada PM

Pia Ernadya 19/11/2025 | 10:08 MYT
Zambry (foto) enggan mengulas sama ada beliau akan dilantik semula atau digugurkan sebagai senator selepas tamat penggal pertama beliau pada 2 Disember ini. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: “Soal pelantikan senator, sambung atau tidak, itu saya tak boleh jawab,” tegas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.


Ringkasan AI
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir enggan mengulas sama ada beliau akan dilantik semula atau digugurkan sebagai senator selepas tamat penggal pertama beliau pada 2 Disember ini.
  • Zambry menyerahkan keputusan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sementara beliau sendiri tidak dapat memberikan respons yang pasti.
  • Spekulasi mengenai kemungkinan rombakan atau pertukaran portfolio dalam kabinet juga tidak diberikan jawapan yang jelas oleh Zambry.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada dirinya akan dilantik semula atau digugurkan selepas tamat penggal pertama sebagai senator pada 2 Disember ini.

“Saya serahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim… itu saya tak boleh jawab,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2025, di sini, pada Rabu.

Zambry turut diminta mengulas spekulasi kemungkinan berlaku rombakan atau pertukaran portfolio membabitkan beberapa menteri kabinet.

“Itu pun saya tidak tahu,” jawabnya ringkas.

Tempoh keanggotaan beliau sebagai Ahli Dewan Negara berakhir pada 2 Disember ini, selepas mengangkat sumpah pada 3 Disember 2022.

Sepanjang tempoh itu, Zambry pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar sebelum dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Turut mengangkat sumpah sebagai senator pada tarikh sama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar; dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul merupakan satu-satunya daripada kumpulan tersebut yang berkhidmat selama dua penggal sebagai senator.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah jawapan Datuk Seri Zambry Abd Kadir apabila ditanya mengenai kemungkinan dilantik semula atau digugurkan sebagai senator?
    A: Datuk Seri Zambry Abd Kadir tidak dapat memberikan jawapan yang pasti dan menyatakan bahawa keputusan tersebut bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Q: Siapakah yang akan membuat keputusan mengenai pelantikan semula atau pengguguran Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai senator?
    A: Keputusan mengenai pelantikan semula atau pengguguran Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai senator akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Q: Apakah respons Datuk Seri Zambry Abd Kadir terhadap spekulasi mengenai kemungkinan rombakan atau pertukaran portfolio dalam kabinet?
    A: Datuk Seri Zambry Abd Kadir tidak memberikan jawapan yang jelas atau pasti berkenaan dengan spekulasi tersebut.



#Zambry Abdul Kadir #senator #Dewan Negara #Anwar Ibrahim