MALAYSIA
‘Saya tak 'jual' ayah, saya cipta kenangan’ - Khairulfahmi
Khairulfahmi (kanan) menjaga bapanya yang uzur sejak 2014. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Tiada niat menjual bapa, sebaliknya perkongsian menjaga bapa uzur di TikTok adalah bagi mencipta kenangan indah untuk ditatap apabila mereka sudah tiada nanti.
Ringkasan AI
Pempengaruh, Khairulfahmi Ismail, 38, berkata, dia tidak menyangka perkongsian sejak 2015 itu menarik perhatian ribuan pengguna media sosial untuk sama mengikut perkembangan bapanya, Ismail Ibrahim, 79, yang kini mesra dikenali sebagai Atok Online.
Menurutnya, bapanya seorang pesara tentera laut, diserang strok sebelah kanan badan selepas mengalami pendarahan otak pada 2014.
“Ketika itu ayah baru terjaga dari tidur untuk solat Asar di rumah kami di Kuala Sawah. Tiba-tiba mulutnya berbuih, saya segera hubungi ambulans dan bawa ke Hospital Tuanku Jaafar.
“Tapi kerana tiada pakar neurologi, dia dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk pembedahan segera dan menerima rawatan selama enam bulan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sejak itu katanya, bapanya memerlukan penjagaan sepenuh masa termasuk makan, mandi dan rawatan harian lain.
Khairulfahmi anak kelima daripada enam beradik berkata, dia tinggal bersama bapanya sejak bujang dan meneruskan tanggungjawab menguruskan bapanya selepas berkahwin, dibantu isterinya jika dia keluar bekerja.
“Penat memang penat, tapi saya dah biasa dengan perangai ayah. Saya ada dia dari bujang sampai dah berumah tangga, jadi memang tahu karenah dia macam mana.
“Kadang kala emosi dia baik tapi adakala dia akan marah tapi kami tak ambil hati kerana tahu dia tak sihat,” katanya.
Khairulfahmi yang kehilangan ibu pada 2021 diikuti neneknya pada 2022 memaklumkan, dia mula berkongsi video bapanya di TikTok sekitar 2015 untuk kenangan, tetapi menerima sambutan luar biasa beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya tidak sangka orang suka tengok. Tujuan saya sekadar memberi inspirasi untuk menjaga mak ayah dengan lebih sabar. Ada juga yang menuduh saya ‘jual ayah’, tetapi saya tahu niat saya.
“Ada terima komen negatif, tetapi banyak juga komen positif dan soalan bagaimana saya mampu kekal sabar dan tenang menguruskan ayah yang terlantar,” tambahnya.
Kini, Atok Online menjadi ‘selebriti TikTok’ dengan ribuan pengikut yang menantikan siaran langsung setiap hari antara jam 6 petang hingga 9 malam serta pada hujung minggu selepas Zohor.
Khairulfahmi berharap perkongsiannya dapat terus memberi inspirasi kepada orang ramai untuk tidak mengabaikan ibu bapa terutama ketika mereka uzur.
“Saya selalu pesan, jangan ambil hati… jaga mak ayah ini satu rezeki. Bukan semua diberi peluang. Saya pun anggap ini jalan untuk kumpul pahala.
“Saya tumpang rezeki ayah. Selagi ada hayat, saya akan terus jaga,” katanya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Khairulfahmi Ismail menjaga bapanya yang uzur sejak 2014, selepas diserang strok akibat pendarahan otak; beliau terus memikul tanggungjawab itu walaupun sudah berumah tangga.
- Perkongsian video di TikTok sejak 2015 tentang kehidupan bapanya, Atok Online, mendapat sambutan luar biasa dan menjadi inspirasi ramai, meskipun ada yang menuduhnya 'menjual ayah'.
- Khairulfahmi menegaskan niatnya adalah untuk mencipta kenangan dan menyebarkan kesedaran, bahawa menjaga ibu bapa adalah satu rezeki dan peluang untuk mengumpul pahala.